Sejak kebelakangan ini, kangkung telah
menjadi 'highlight' sebagai sayur Malaysia yang paling 'glamour'.Di
Eropa, kangkung disebut Swamp Cabbage, Water Convovulus, atau Water Spinach.
Sungguhpun kangkung boleh dibeli dengan harga yang murah atau dipetik
di tepi telaga kampung halaman, sayur ini mempunyai banyak manfaat
kesihatan dan sedap dimakan.
Mari kita lihat apakah cara-cara untuk makan kangkung:
Kangkung Goreng Belacan (KGB)
Antara cara masakan yang paling
popular untuk kangkung ialah Kangkung Goreng Belacan (KGB). Kenapa?
Rakyat Malaysia sukakan makanan yang pedas dan kangkung goreng belacan
paling senang dicari kedai-kedai makanan dan juga senang dimasak di
rumah.
Ulam kangkung
Kepada mereka yang sukakan makanan
yang sihat, kangkung sering dihidang sebagai ulam-ulam (salad) yang
dicecah mentah dengan cili atau belacan. Kangkung mempunyai nutrisi
kesihatan yang tinggi seperti vitamin A, vitamin B1, vitamin C, protein,
kalsium, fosfor, zat besi dan karoten. Oleh itu, kangkung boleh
memrupakan salah satu sayur yang harus berada di dalam diet harian anda.
Kangkung Rebus
Pernahkah anda makan 'yong tau foo'?
Kangkung segar yang direbus boleh dimakan dengan kuah manis dan pedas
'yong tau foo'. Cara makan ini juga sihat dan mengandungi kalori yang
rendah. Anda boleh cuba makan 'yong tau foo' halal yang dikunjungi ramai
di Kampung Pandan.
Tumis kangkung pedas
Sungguhpun pedas, masakan ini adalah
berlainan daripada KGB. Tumis kangkung pedas dimasak dengan bawang
putih, tomato hiris, udang kering dan cili padi. Cara masakan ini adalah
kurang berlemak tetapi, tetap menepati citarasa mereka yang sukakan
masakan pedas.
Tumis kangkung tempe
Siapa suka makan tempe? Tempe bukan
sahaja sedap, tetapi memberi anda nutrisi yang banyak seperti kangkung.
Aroma yang menyelerakan daripada tempe bersama kangkung memang sajian
yang sesuai dihidangkan ketika makan malam bersama ahli keluarga anda.
Sotong kangkung
Sotong kangkung semestinya makanan pasar malam/gerai yang dimakan rakyat Malaysia. Sotong kurita yang direbus, dihiris dan dicampur dengan sos rojak, kangkung rebus dan juga kacang bukan sahaja sedap, tetapi sesuai sebagai pembuka selera. Anda disyorkan untuk makan sotong kangkung bersama cili pedas. Mesti syok!
Sotong kangkung semestinya makanan pasar malam/gerai yang dimakan rakyat Malaysia. Sotong kurita yang direbus, dihiris dan dicampur dengan sos rojak, kangkung rebus dan juga kacang bukan sahaja sedap, tetapi sesuai sebagai pembuka selera. Anda disyorkan untuk makan sotong kangkung bersama cili pedas. Mesti syok!
Apakah cara makan kegemaran anda untuk sayur kangkung? Sila kongsi.
Comments :
0 comments to “6 cara makan kangkung”
Post a Comment