KUANTAN, (MLP) - Tindakan seorang pemandu ambulans memandu dengan
melawan arus di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) kelmarin adalah bertujuan
menyelamatkan nyawa seorang penunggang motosikal yang terbabit dalam
kemalangan.
Perkara itu dijelaskan Pengarah Jabatan Kesihatan Pahang Dr Zainal Ariffin Omar selepas menerima laporan mengenai kejadian itu, namun menegaskan siasatan menyeluruh akan dijalankan bagi menilai kewajaran tindakan pemandu terbabit.
Menurut laporan awal yang diterima, pemandu ambulans Hospital Raub itu dikatakan dalam perjalanan pulang selepas menghantar pesakit ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAH) Temerloh.
Kira-kira lima kilometer dari Plaza Tol Karak, mereka ternampak satu kemalangan membabitkan motosikal dan orang ramai yang berada di tempat kejadian cuba meminta bantuan mereka.
Menurutnya, pemandu ambulans berkenaan sudah melepasi lokasi kemalangan dan selepas membuat pertimbangan untuk menyelamatkan nyawa penunggang motosikal itu yang memerlukan rawatan segera, mereka berpatah balik ke lokasi kejadian.
Rakaman video sebuah ambulans yang dipandu melawan arus menjadi viral di laman sosial kelmarin, mengundang kemarahan ramai kerana ia boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Comments :
0 comments to “ Ambulans lawan arus demi selamatkan nyawa”
Post a Comment