Tahun 2014 hampir melabuhkan tirai. Rata-rata tahun yang dipenuhi
suka duka ini diwarnai dengan cerita yang menyedihkan dan tragedi
berbanding kisah yang bersifat positif.
Mahupun begitu, hiruk-pikuk yang berlaku mempunyai dua cabang cerita yakni salah satunya bersifat pengajaran atau mempunyai iktibar.
Ayuh teladani 5 topik hangat yang menjadi carian popular rakyat Malaysia sepanjang tahun 2014.
5 - Jennifer Lawrence
Jennifer Lawrence menduduki tempat kelima dalam senarai carian paling popular rakyat Malaysia sepanjang tahun. 2014 merupakan tahun yang penuh kontroversi buat pelakon yang pernah memenangi anugerah Oscar ini.
Aktres berusia 24 tahun ini muncul dalam dua filem popular berskala besar iaitu X-Men: Days of Future Past dan The Hunger Games: Mockingjay – Part 1, beserta Serena. Kisah penyebaran gambar bogelnya sekitar suku tahun ketiga turut menjadi perbualan hangat serta beberapa insiden di karpet merah yang diolah menjadi meme popular.
4 - Robin Williams
Pelawak veteran ini telah menyentuh hati dan perasaan jutaan individu di seluruh dunia. Tidak hairanlah namanya sering ditaip ke ruangan carian sejurus kematian mengejut beliau pada 11 Ogos 2014.
Membintangi pelbagai filem yang dikira berprestij seperti Aladdin, Good Will Hunting, Hook, Jumanji dan Patch Adams, ternyata nama Robin Williams amat mashyur serta memberi impak besar kepada rakyat Malaysia. Pastinya rakyat negara ini amat terkenang filem lakonan beliau yang menjadi buah hati dan kegemaran berzaman lamanya.
3 - FIFA World Cup 2014
Tidak dinafikan FIFA World Cup yang diadakan setiap empat tahun ini adalah acara sukan terbesar pada tahun 2014. Piala dunia disambut dan ditonton di seluruh benua. Malaysia juga tidak terkecuali terkena tempias kegemilangan aura bola sepak.
Banyak insiden mengejutkan yang berlaku mendorong kepada jumlah pencarian yang dicatatkan. Sepanyol menjadi pasukan pertama yang dihantar pulang meski juara bertahan, Itali dan England tewas dalam pusingan kumpulan serta kejuaraan Jerman selepas 14 tahun. Tidak lupakan barisan pemain bola kacak yang pastinya dicari oleh peminat-peminat wanita Malaysia!
2 - Ice Bucket Challenge
Sememangnya aktiviti yang menjadi sebahagian daripada usaha kesedaran penyakit amyotrophic lateral sclerosis (ALS) ini menjadi fenomena. Meskipun segelintir yang mengutuk dan mempertikai apakah releven perbuatan terbabit, tidak kurang juga sebahagian besar rakyat Malaysia yang menyokong kempen tersebut.
Ramai personaliti popular di Malaysia yang berani untuk menyahut cabaran serta menderma kepada badan kebajikan ALS Association. Antaranya pelakon Lisa Surihani, ahli politik seperti Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Nazri Aziz selain DJ Radio iaitu JJ (Red.Fm) dan JinnyBoy (Hitz.fm).
1 - Malaysia Airlines
Kata kunci pencarian ‘Malaysia Airlines’ menjadi paling popular sepanjang tahun 2014 atas sebab-sebab yang kurang baik. Rata-rata masyarakat Malaysia amat terkejut dan tidak menyangka dua tragedi mengakibatkan pesawat komersil MAS boleh berlaku dalam masa setahun.
Kisah pencarian MH370 menjadi topik trending sejak bulan Mac lalu. Aliran trend tersebut berterusan ekoran MH17 ditembak jatuh di Ukraine sekitar Julai. Kedua-dua tragedi berkenaan merupakan bencana paling teruk yang pernah direkodkan dalam sejarah penerbangan dunia. Tidak hairanlah rakyat Malaysia amat berminat untuk mengambil tahu lantas mengikuti perkembangan siasatan.
Kredit gambar: mrwallpaper, mundotkm, communitytable, independent, ohbulan, abc7news, tumblr, coral-bay

Comments :
0 comments to “Carian popular rakyat Malaysia sepanjang 2014”
Post a Comment