NEW SOUTH WALES, (MLP) - Seorang
penonton di New South Wales, Steph Bellamy sedang mengambil anak-anaknya
menyediakan diri untuk pertandingan meluncur di sini.
Tetapi,
apa yang luar biasa adalah dengan tiba-tiba seekor ikan jerung telah
melompat keluar daripada air dan ‘photobomb’ gambar tersebut.
Bellamy
berkata "Jerung itu telah melompat dua kali dan saya sempat mengambil
gambar pada lompatan yang kedua. Saya dapat mendengar orang ramai
bertanya, 'Apakah itu?' Selepas ‘zoom’ gambar tersebut, baru saya
perasaan yang ia seekor jerung’’.
Kemunculan
jerung jenis 'spinner' itu telah menyebabkan para peluncur untuk naik
ke darat dan pertandingan dipaksa dihentikan selama 10 minit sebelum
disambungkan semula. Tiada kecederaan telah dilaporkan dan dipercayai
bahawa jerung berada di perairan untuk memburu ikan.
Kredit Foto: ABC
Sumber
Comments :
0 comments to “Ikan jerung sempat ‘photobomb’ gambar”
Post a Comment