Kulit yang sihat dan cantik merupakan
aset yang penting bagi setiap wanita. Sebenarnya, anda tidak perlu
membelanjakan banyak duit untuk mengekalkan kecantikan kulit anda!
Banyak bahan- bahan semulajadi yang boleh digunakan sebagai bahan untuk
menjaga kecantikan.
Walaupun banyak produk kecantikan
dijual di pasaran, banyak kajian telah membuktikan bahawa dengan
penggunaan minyak, masalah kulit dapat diatasi. Minyak dikatakan lebih
efektif dan berkesan daripada produk atau krim kecantikan yang lain.
Minyak kelapa, minyak bunga matahari,
minyak zaitun dan minyak almond merupakan jenis minyak yang kerap
dikaitkan dengan kecantikan kulit dan rambut. Minyak Almond merupakan
minyak yang paling digemari oleh pakar – pakar kulit sebagai produk
kulit. Untuk itu, kami telah menyenaraikan 5 manfaat minyak Almond bagi
kecantikan kulit anda.
Kulit yang cantik dan sihat
Untuk pengetahuan anda, minyak almond
mengandung vitamin A, B dan E yang menyumbang kepada kulit yang cantik
dan berseri. Bukan itu sahaja, minyak almond juga akan melembapkan kulit
tanpa menutup pori-pori yang menjadi punca kepada masalah kulit yang
serius.
Menghilangkan lingkaran hitam di bawah mata
Lingakaran mata berpunca dari
kekurangan vitamin dalam badan dan tidur yang tidak cukup. Jika anda
mengalami masalah ini, cuba sapu minyak almond di bawah mata setiap
hari. Jadikan sebagai rutin dan lihatlah perubahan yang ketara nanti!
Boleh digunakan sebagai scrub
Minyak Almond bukan sahaja melembapkan
kulit anda, tetapi juga berfungsi sebagai scrub yang membantu
menghilangkan sel-sel mati pada kulit anda. Terfikir bagaimana ia boleh
digunakan sebagai scrub? Senang sahaja! Campur minyak Almond dengan
gula dan gunakannya sebagai scrub.
Mengatasi masalah bibir kering
Bibir yang kering dan pecah-pecah
boleh diatasi dengan aplikasi minyak Almond. Bukan sahaja membaiki
masalah kulit kering tetapi bintik-bintik gelap pada bibir juga dapat
diatasi. Sapukan minyak almond pada bibir setiap hari dan lihat
perubahannya!
Penanggal solekan
Secara umumnya, minyak adalah produk
yang baik untuk menanggalkan mekap anda. Minyak mampu membersihkan kulit
anda secara mendalam tanpa sebarang sisa mekap! Tidak kisah betapa
degil mekap anda, tetapi minyak Almond mampu membersihkan kulit anda!
Dengan menggunakan minyak ini, kulit anda akan tampak lebih berseri dan
sihat.
Comments :
0 comments to “5 manfaat minyak almond bagi kecantikan kulit”
Post a Comment