Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Janggut dan misai tercantik di dunia


Pertandingan janggut dan misai tercantik

Shamil Hizamie - Tuesday, October 28, 2014
pertandingan-janggut-dan-misai-tercantik
AMERIKA SYARIKAT, (MLP) – Seramai 300 peserta menyertai ‘Battle of the beard’ iaitu pertandingan janggut dan misai tercantik yang berlangsung di Portland, Oktober lalu.

Bertempat di Auditorium Keller, pertandingan tersebut dipecahkan kepada 17 kategori termasuklah kategori janggut semula jadi tercantik dan janggut gaya bebas tercantik.

Menurut penganjur, pemenang dipilih berdasarkan kecantikan dan keunikan janggut serta misai milik mereka. Juara keseluruhan dimenangi oleh Madison Rowley yang turut berasal dari bandar Portland.

Seramai 300 peserta dari sembilan buah negeri yang bertanding dalam kejohanan pada kali ini akan mewakili Amerika Syarikat di pertandingan peringkat dunia yang dijangka berlangsung di Austria, tahun hadapan.



Kredit gambar: dailymail
 

Comments :

0 comments to “Janggut dan misai tercantik di dunia”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.