Sebelum ini, kami telah memetik 5 tempat yang paling menyeramkan di dunia. Ingat lagi? Ini adalah sambungan artikel tersebut.
Sebenarnya, terdapat banyak tempat di dunia ini dengan cerita misteri. Biasanya, pelancong hanya melawat ke tempat yang menarik, menakjubkan atau tempat yang bersejarah. Jarang kita melawat ke tempat - tempat sebegini. Di luar negara, tempat - tempat sebegini dijadikan sebagai tempat pelancongan oleh kerajaan mereka.
Kalau anda seorang yang berani dan kuat semangat, tempat ini boleh dijadikan sebagai tempat pelancongan anda!
Berikut adalah 4 tempat paling menyeramkan di dunia.
Isla de las Muñecas, Mexico
Sebenarnya, terdapat banyak tempat di dunia ini dengan cerita misteri. Biasanya, pelancong hanya melawat ke tempat yang menarik, menakjubkan atau tempat yang bersejarah. Jarang kita melawat ke tempat - tempat sebegini. Di luar negara, tempat - tempat sebegini dijadikan sebagai tempat pelancongan oleh kerajaan mereka.
Kalau anda seorang yang berani dan kuat semangat, tempat ini boleh dijadikan sebagai tempat pelancongan anda!
Berikut adalah 4 tempat paling menyeramkan di dunia.
Isla de las Muñecas, Mexico
La Isla de las Munecas adalah sebuah pulau yang amat menyeramkan di Mexico. Difahamkan, tempat ini mempunyai banyak patung yang tergantung di pohon-pohon pokok. Bukan patung cantik, tetapi patung - patung yang berkelihatan amat menyeramkan.
Menurut penduduk di situ, pulau ini telah dihuni oleh seorang lelaki bernama Don Julian Santana. Dia telah menetap selama 50 tahun di pulau ini dan meninggal dunia pada tahun 2001. Koleksi patung - patung ini merupakan perbuatan Julian yang dilakukan sebagai kerja harian.
Namun, terdapat rahsia di sebalik perbuatan Don Julain Santana itu. Ramai yang percaya, dia melakukan perkara ini sebagai dedikasi untuk hantu kecil yang merupakan seorang gadis yang mati di parit berhampiran pulau tersebut.
Willard Asylum - Willard, New York
Rumah ini dibina pada tahun 1869 bagi pesakit kurang siuman tahap kronik. Dalam masa itu, tempat ini telah menampung sebanyak 50,000 pesakit dan difahamkan, separuh daripada pesakit itu telah meninggal dunia di rumah ini. Menurut penduduk berhampiran, mereka kadangkala mendengar jeritan orang dari bangunan tersebut pada waktu malam. Seram kan?
Borley Rectory - Borley, Essex, England
Rumah yang berkelihatan suram ini digelar sebagai rumah berhantu di daerah Borley Rectory, Essex, England.
Rumah ini mengisahkan cinta biarawan dari Borley dengan seorang biarawati dari sekolah berhampiran. Cinta mereka ditentang lalu menyebabkan pasangan ini melanggar peraturan adat mereka dengan kahwin lari. Sebagai hukuman, biarawan digantung mati, manakala biarawati dikubur hidup-hidup oleh masyarakat mereka. Selepas kejadian ini, peduduk di situ percayai roh mereka masih menghantui rumah tersebut.
Selama bertahun-tahun, paderi di rumah
ini telah mengalami pelbagai peristiwa paranormal, seperti api tidak
diketahui puncanya, jejak langkah hantu, fenomena "Poltergeist" dan
sebagainya.
Hutan Hoia Baciu, Transylvania, Romania
Hutan Hoia Baciu, Transylvania, Romania
Hutan Hoia Baciu dipercayai sebagai gerbang menuju dunia roh. Kalau sudah masuk ke dalamnya tidak ada hala tuju untuk kembali.
Kredit Gambar: Movie Pilot
Sumber
Comments :
0 comments to “ Berani melawat tempat ini? ”
Post a Comment