Ia juga membantu dalam proses pembakaran kalori serta pembentukan tubuh badan. Pilates akan mensasarkan pada otot dibahagian belakang badan, perut serta dibahagian pinggul. Latihan ini adalah bertujuan untuk dilakukan secara perlahan-lahan dan dengan cara yang terkawal. Secara kesimpulannya, ia membantu tubuh badan anda untuk menggunakan mekanisme sendiri dalam membentuk otot teras dibahagian seluruh anggota badan.
Latihan Pilates telah dibangunkan oleh Joseph Pilates lebih kurang pada abad yang lalu. Latihan ini akan menfokuskan kepada tumpuan pada pernafasan. Secara amnya, pilates dapat memberikan beberapa faedah seperti berikut:
• Meningkatkan fleksibiliti dan pergerakan
• Membantu dalam pemulihan atlet seperti gimnastik dan penari.
• Membantu menjadikan postur lebih menarik dan betul
Adakah ia dapat membantu dalam mengurangkan berat badan?
Ramai yang bertanya kepada saya tentang keberkesanan latihan pilates ini dalam mengurangkan berat badan. Pilates seperti yang telah dimaklumkan pada awal tadi adalah senaman yang memfokuskan kepada otot badan, belakang badan, keseimbangan postur dan sebagainya. Oleh itu, dari segi keberkesanan dalam mengurangkan berat badan mungkin ianya kurang tepat. Akan tetapi, latihan ini dapat membantu kepada individu yang ingin mengurangkan berat badan jika ianya dilakukan seperti berikut:
• Menambah intensiti tinggi terhadapat latihan yang dilakukan
• Menggunakan pemberat untuk dijadikan beban terhadap latihan yang dilakukan
• Ditambah dengan satu sessi latihan kardio seperti berlari diatas treadmill dan lakukan latihan pilates selepas itu
• Ianya juga sesuai kepada 'Beginner' yang mengalami masalah berlebihan berat badan yang sukar untuk melakukan aktiviti-aktiviti kardio yang lain yang baru berjinak untuk melakukan senaman. Hal ini kerana, senaman ini kurang memberikan impak yang tinggi kepada kaki anda dan anggota lain. Ianya juga memberikan kurang kecederaan kepada individu tersebut.
• Akhir sekali, penjagaan dan pengambilan makanan seimbang harus dititikberatkan agar senaman yang dilakukan dapat membantu membakar kalori lebihan yang diambil. Pastikan ianya tidak melebihi kalori seharian anda.
Sumber
Comments :
0 comments to “ Apakah senaman pilates ini?”
Post a Comment