Menurut American Chemical Society
dalam kajian terbaru yang dijalankan, lobak merah secara umumnya baik
untuk kesihatan mata namun ia tidak membantu untuk mengurangkan kadar
rabun.
Lobak mengandungi Beta Karotena yang diproses tubuh menjadi vitamin A. Zat tersebut baik untuk mata tetapi banyak makanan lain yang turut mengandungi Vitamin A seperti kacang, tembikai, bayam, salad dan keju.
Jika seseorang itu mengamalkan diet yang sihat maka tidak perlulah dia menghadam lobak merah untuk ‘memulihkan’ penglihatan bukan? Jadi bagaimakah lobak merah boleh mendapat reputasi sebagai penyembuh penyakit rabun?
Semasa Perang Dunia Kedua dahulu, seorang juruterbang British menyebarkan khabar angin bahawa dia mampu menembak musuh dengan tepat kerana penglihatannya bertambah baik selepas memakan lobak merah dalam kadar yang banyak.
Cerita itu sebenarnya direka untuk menutupi agenda sebenar iaitu pihak British menggunakan radar dalam operasi mereka.
Namun khabar angin itu tersebar meluas bukan sahaja askar Nazi mempercayainya malah rakyat jelata turut mengamalkan sehingga ke hari ini.
Kredit gambar: tooshcoosh

Comments :
0 comments to “Benarkah lobak merah membantu hilangkan rabun?”
Post a Comment