Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Tun Mahathir menonton muzik ‘busking’ jalanan


video-tun-mahathir-menonton-muzik-busking-jalanan Penghibur jalanan, Genji Buskers tidak menyangka bahawa persembahan busking mereka akan disaksikan oleh salah seorang tokoh paling disegani di Malaysia.

Perasaan gembira dan terharu kumpulan pemuzik itu diluahkan menerusi status yang dimuatnaik di akaun Facebook rasmi kumpulan berkenaan.

Memetik status pada 24 Januari itu, vokalisnya yang dikenali sebagai Mustam mengaku bahawa lirik yang dinyanyikan langsung berterabur sejurus menyedari kehadiran Tun Mahathir di kalangan penonton persembahan.


Tun Mahathir dikatakan sudah memerhati persembahan Genji Buskers selama beberapa minit sebelum kehadirannya dan Tun Hasmah disedari ahli kumpulan terbabit.

Mantan Perdana Menteri keempat itu juga juga turut meletakkan wang sebanyak RM50 ke dalam beg gitar yang disediakan kumpulan penyanyi itu untuk sumbangan dari para penonton.

Terharu dengan kehadiran Tun Mahathir, kumpulan Genji Buskers akan membingkaikan wang itu sebagai kenang-kenangan.

“Rupanya sudah tiga, empat minit saya diperhati. Apabila terpandang Tun, lirik terus bersepah. Kali pertama saya menyanyi dengan mata berair apabila disaksi negarawan terulung tanah air,” menurut satu lagi muatnaik status Genji Buskers.




Sumber

Comments :

0 comments to “Tun Mahathir menonton muzik ‘busking’ jalanan”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.