Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

5 tempat terindah di dunia mirip kisah dongeng


5-tempat-terindah-di-dunia-mirip-kisah-dongeng
Adakah anda pernah teringin untuk melawat ke tempat – tempat yang kita sering melihat dalam cerita dongeng? 

Melawat ke negara yang mempunyai tempat bagaikan alam fantasi yang menakjubkan memang menjadi impian setiap individu. Jangan risau kalau anda tidak mempunyai kehidupan bagai ‘fairytale’! Dengan alam yang tidak biasa dan pemandangan yang tidak nyata, tempat-tempat ini akan membuat anda bagaikan berada di dunia alam ghaib. 

Dengan itu, jom kita melihat 5 tempat di dunia yang mirip dalam kisah – kisah dongeng. 

COLMAR, PERANCIS
Daerah Colmar di Perancis merupakan kota yang paling indah di Eropah, seakan baru keluar dari negara dongeng. Kota Kecil di Alsace ini terkenal untuk arkitektur kotanya yang berwarna warni. Kota ini dikatakan mempunyai iklim yang hangat dan merupakan kota terkering kedua di Perancis.

PULAU FAROE
Sekali pandang, pulau ini seperti pulau yang dihuni para Hobits dan Elves dari “The Lord of the Rings”. Pulau ini bertempat di antara Iceland dan Norwegia, Samudra Atlantik Utara.

Terdiri dari 18 pulau, Pulau Faroe ini mempunyai pemandangan yang  indah dan dramatis serta ombak yang begitu samudara. Kalau anda melawat ke pulau ini, pemandangannya yang indah akan menbawa perasaan bagaikan berada di dunia fantasi. 

NEUSCHWANSTEIN CASTLE, JERMAN
Nampak macam Istana Disneyland kan? Istana yang terletak di puncak pergunungan di Jerman ini sering menjadi inspirasi logo Disneyland yang kita lihat dalam filem- filem karya Walt Disney seperti Cinderella dan Sleeping Beauty. 

Istana ini mempunyai ruangan seperti ‘The Throne Room’ yang dihiasi dengan lukisan-lukisan di seluruh tembok dan mozaiknya dan ruang ‘The Singers Hall’ untuk pertunjukan musik dan drama. Macam menetap di alam sastera dan drama!

GREENLAND
Greenland adalah sebuah alam liar yang terpencil dengan tiada pembinaan jalan yang lengkap dan pemandangan yang belum terjamah. Permandangan alam yang menakjubkan ini tentu akan membuat anda menganga. 

Dengan tidak adanya pohon, jalan yang tidak lengkap dan penghuni yang tidak ramai, tempat ini bagaikan dihuni oleh Dwarf yang kita lihat dalam cereka dongeng. Setuju tak? 

HUTAN BAMBU, JEPANG
Hutan Bambu ini terletak di Kyoto, Jepang. Walaupun hutan ini dikatakan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan industri filem, pemandangan hutan ini menyerupai latar belakang filem ‘Crouching Tiger, Hidden Dragon or House of Flying Daggers’. Bayangkan kalau anda dapat berkelana di hutan ini dengan pedang bagaikan Samurai? Best kan?

Kredit Gambar:Pulsk

Comments :

0 comments to “5 tempat terindah di dunia mirip kisah dongeng”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.