Jika dahulu telefon bimbit boleh mencapai nilai ribuan ringgit
tapi kini ia boleh dimiliki dengan harga serendah puluhan ringgit
sahaja.
Mula diperkenal lebih tiga dekad dahulu, ayuh imbas kembali sejarah terawal telefon bimbit sejak awal perkenalannya.
Pengurus besar syarikat Motorola iaitu Martin Cooper menjadi orang pertama yang mencipta telefon bimbit pada tahun 1973. Prototaip yang diberi nama Motorola Syna-TAC ini seberat 600 gram dan mula dijual pada tahun 1983 dengan harga USD3,500 (RM12,500) seunit.
Motorola MicroTAC 9800X diperkenalkan pada tahun 1989 sebagai telefon mudah alih pertama dunia.
Selang tiga tahun kemudian, Motorola International 3200 muncul sebagai telefon bimbit digital yang mampu digenggam dengan tapak tangan.
Kombinasi telefon dan PDA pertama muncul sekitar tahun 1993 di mana BellSouth/Personal Communicator keluaran IBM Simon mencuri perhatian awam.
Nokia 1011 ialah telefon GSM pertama yang dihasilkan secara besar-besaran untuk penggunaan umum. Ia dijual sehingga tahun 1994.
Hampir 20 dekad selepas penciptaan telefon bimbit pertama. Nokia 9000 Communicator menerajui pasaran sebagai telefon pintar pertama di dunia yang dikuasakan oleh teknologi Intel 386 CPU.
Generasi baru penghubung mudah alih dunia, Nokia 5110 menjadi telefon paling popular pada tahun 1998. Model ini juga menjadi penanda aras pengeluar telefon mudah alih kemudiannya.
Mula diumumkan pada Februari 1999 dan menemui pasaran sekitar Oktober, Nokia 7110 yang menggunakan Series 40 merupakan telefon bimbit pertama yang dimuatkan kebolehan WAP browser.
Salah satu langkah pertama dalam penyatuan dwifungsi berlainan dan telefon mudah alih. Benefon Esc mencatat sejarah sebagai telefon pertama yang digabungkan fungsi GPS.
Samsung SPH-M100 Uproar mencipta nama pada tahun 2001 kerana menjadi telefon pertama yang berkebolehan penyimpanan serta permainan muzik MP3.
Versi pembaharuan T28 dan T29, Ericsson T39 mempunyai reka bentuk yang kecil dikeluarkan pada tahun 2001. Dikenali di seluruh dunia sebagai telefon pertama yang mempunyai keupayaan Bluetooth.
Nokia 7650 yang diperkenal pada suku tahun kedua 2002 ini mengagumkan sejenak pasaran apabila menjadi telefon pintar pertama di seluruh dunia yang mempunyai kamera dalaman.
Revolusi kreatif Nokia melahirkan Nokia N-Gage yang mempunyai rekaan seakan-akan pemain konsol. Dikeluarkan pada Oktober 2003, N-Gage yang menggunakan pelantar Nokia Series 60 ini telah memenangi pelbagai anugerah
Sejak kemunculannya pada tahun 2004, Motorola Razr V3 menjadi peneraju rangkaian telefon bimbit dengan reka bentuk menarik, dinamik dan berlandaskan fesyen.
Kredit gambar: bilder.t, pixgood, mobilecollectors, bloomberg, gopixpic, medium, gsmarena, retrons, kensstereo, xataka, tek.no, lumiaconversations, wikimedia, tecnoblog

Comments :
0 comments to “Sejarah terawal telefon bimbit”
Post a Comment