Tempikan gelombang hallyu bukan hanya pada lagu, drama dan fesyen sahaja. Seketika Korean Wave menular ke seluruh pelusuk Malaysia, para peminat K-pop turut berasimilasi dengan budaya yang dibawakannya.
Bukanlah perkara yang janggal buat peminat tegar namun ada beberapa cebisan perkara yang cukup sinonim dengan K-pop yang pernah anda dengar tetapi tidak tahu.
Mari pelajari 25 perkara yang anda mungkin tidak tahu mengenai dunia K-Pop
Maknae
Dalam sebuah kumpulan muzik, ahli yang paling muda akan mendapat gelaran Maknae. Biasanya suka mengusik dan agak nakal.
Oppa & Hyung
Kedua-duanya bermaksud abang namun Oppa diutar oleh gadis manakala Hyung panggilan buat kaum lelaki.
Unnie & Noona
Maksudnya kakak. Sama seperti Oppa dan Hyung, panggilan Unnie digunakan para gadis dan lelaki memanggil wanita lebih tua dengan gelaran Noona.
Dongsaeng
Panggilan Dongsaeng diguna pakai bagi menggambarkan adik-beradik yang kecil atau seseorang yang lebih muda. Tidak kisah lelaki atau perempuan, Dongsaeng boleh digunakan.
Ajumma & Ajusshi
Ajumma bermaksud makcik dan Ajussji pula pakcik. Dalam erti kata lain, mereka yang sudah tua dan berumahtangga. Jangan sembarangan panggil wanita muda Ajumma ye?
Posisi Kumpulan K-Pop
Tahukah anda? Setiap ahli dalam sebuah kumpulan muzik K-Pop mempunyai posisi atau ‘jawatan’ dalam kumpulan tersebut?
Leader
Selalunya ahli paling tua, ketua kumpulan akan menjaga kebajikan ahli-ahli kumpulannya.
Visual
Vidual bertindak selaku wajah utama kumpulan. Ahli yang diiktiraf paling kacak/lawa.
Penari Utama
Lazimnya penari paling bagus dan energetik, kadang-kadang langsung tak menyanyi!
Rapper
Ahli yang mempunyai suara biasa-biasa sahaja bila menyanyi lantas jadi rapper sahaja.
Vokalis
Mereka yang mempunyai vokal terbaik dan kadang kala kurang diberi gerakan tarian.
Kkonminam
Secara harfiahnya membawa maksud lelaki kacak. Kkonminam merupakan peneraju lelaki sempurna di mana mereka mempunyai stail dan fesyen tersendiri, berkarisma dan disanjung tinggi. Mereka yang pernah digelar Kkonminam termasuklah Bae Yong-joon dan Jang Geun-suk.
Latihan Pra-debut
Adalah menjadi kelaziman para K-idol menjalani latihan sebelum debut sebagai penghibur. Jangan terkejut kerana latihan pra-debut boleh memakan masa sehingga bertahun lamanya.
BigBang berlatih menyanyi, menari dan mendalami seni muzik selama dua tahun sebelum debut pada 2006. Kumpulan 2NE1 pula melalui proses latihan selama empat tahun!
Sasaeng Fans
Sasaeng Fans adalah kumpulan peminat yang terlalu obses dengan seseorang artis. Ketaksuban tersebut mencapai tahap di mana mereka akan menghendap selebriti di rumah, memecah masuk kediaman, mengejar teksi yang dinaiki dan beberapa perbuatan keterlaluan lain.
Aegyo
Perlakuan selebriti (tidak kisah lelaki atau wanita) yang tersangat comel untuk menawan hati peminat.
OMO
Dalam dunai K-Pop tiada terma Oh My God atau OMG ok? Mereka menyebut OMO! Sama je maksudnya.
Aigoo
Keluhan yang digunakan bagi menunjukkan kekecewaan. Kalau budaya barat mereka akan menyebut ‘aw man!’ atau ‘geez’.
All-kill
Istilah yang digunakan secara meluas bagi sesebuah lagu K-Pop yang berjaya menjuarai kesemua carta-carta utama di Korea Selatan seperti Gaon, Mnet, MusicBank dan lain-lain.
Bromance
Hubungan platonik atau persahabatan yang terlalu rapat antara dua pelakon atau K-idol yang kelihatan seakan romantis. Selalunya disukai para gadis.
Chaebol
Karakter lelaki dalam drama Korea yang berasal dari keluarga kaya atau keturunan berada. Kebiasaannya setiap pelakon lelaki popular di Korea pernah memegang watak Chaebol.
Eomeoni
Di mana ada Chaebol, di situ ada Eomeoni! Eomeoni adalah ibu kepada Chaebol yang mempunyai misi hidup untuk mensabotaj percintaan anaknya dengan watak wanita utama.
Gangnam
Daerah yang kaya di Seoul. Biasanya Chaebol dan Eomeoni tinggal di Gangnam ataupun sering membeli-belah di sana.
Chincha
Perkataan ekspresi yang membawa maksud ‘are you serious?’ atau ‘seriously?’.
Daebak
Ungkapan yang digunakan untuk memuji sesuatu yang besar, positif dan hebat.
Hwaiting!
Frasa semangat yang berasal dari perkataan fighting. Ia membawa maksud ‘anda boleh lakukannya!’ atau ‘let’s go!’ mahupun sekadar ‘good luck’.
Jjang
Membawa maksud terbaik atau best dalam bahasa Korea. Cara paling elok untuk menyebut perkataan ini adalah dengan menekan huruf G di akhirnya. ‘JJANGGGGG!’
Kekeke
Tiada beza dengan penggunaan harian ‘hehehe’ semasa menulis pesanan ringkas di telefon bimbit.
Otoke
Otoke membawa maksud ‘apa nak dibuat’ atau ‘apa yang perlu saya/kita buat’. Tatlaka berada dalam keadaan kelam-kabut, terdesak atau keliru bolehlah guna perkataan Otoke.
Jadi bagaimana? Terasa seperti sebahagian dari dunia K-Pop bukan?
Kredit gambar: allkpop, dramafever, imageshack, onehallyu, WiffleGif, jpopasia, koreandrama, wiki, devianart

Comments :
0 comments to “25 perkara yang anda mungkin tidak tahu mengenai dunia K-Pop”
Post a Comment