Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Tarik keluar sendiri bayi ketika bersalin


tarik-keluar-sendiri-bayi-ketika-bersalin
AUSTRALIA, (MLP) - Kerana bosan dengan cara bersalin yang tradisional, seorang ibu bertindak menarik sendiri bayi kembar dari perutnya ketika dia menjalani pembedahan caesarean untuk melahirkan bayinya.

Gerri Wolfe, 41, ibu kepada sembilan orang anak, terpaksa melahirkan bayi kembarnya melalui pembedahan selepas mengalami masalah ketika mengandung 36 minggu.

Kata Gerri, dia kecewa kerana sudah lima kali melahirkan anak melalui pembedahan. Jelas Gerri, melahirkan anak secara pembedahan membuatkan dia terpaksa berbaring sahaja di rumah. Justeru, apabila diberitahu perlu dibedah lagi, dia tekad melakukan kelainan.

Gerri dipakaikan sarung tangan dan dibius separuh badan. Malah dia juga tidak dibenarkan bergerak dan menyentuh atau melakukan apa-apa melainkan disuruh.

Kembar berkenaan, Matilda, dilahirkan dengan berat 3.04kg, manakala Violet pula 2.54kg. Gerri dirawat di hospital selama seminggu sebelum dibenarkan keluar. 
 

Comments :

0 comments to “ Tarik keluar sendiri bayi ketika bersalin”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.