Selepas hampir 10 tahun membuat liputan mengenai bencana alam itu, seorang wartawan saluran berita BBC iaitu Andrew Harding menjejakkan semula kaki ke Aceh.
Saat yang penuh emosi dan meninggalkan kesan buat Andrew adalah apabila bertemu semula seorang mangsa yang terselamat iaitu Mawardah Priyanka.
Mawardah yang pada ketika itu baru sahaja berusia 11 tahun dan kakaknya, Mutiyah amat bernasib baik terselamat tetapi mereka menjadi anak yatim piatu kerana kedua ibu bapa mereka terkorban.
Kini Mawardah yang berusia 21 tahun berpeluang bertemu semula dengan wartawan yang satu ketika dahulu pernah membuat liputan mengenai kejadian yang menimpa kawasan kejiranannya.
Detik mengharukan itu telah dimuat naik oleh akaun Twitter BBC News Asia kelmarin. Pengalaman manis berkenaan pasti menjadi kenangan buat Mawardah dan Andrew.
Kredit gambar: Twitter
Gempa bumi yang menyebabkan tragedi tsunami itu telah mengorbankan 167,799 orang dan menjejaskan Banda Aceh secara keseluruhan.
Sumber
Comments :
0 comments to “Tsunami 2004: Pertemuan semula selepas 10 tahun”
Post a Comment