Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Adaptasi kisah dongeng di layar perak


adaptasi-kisah-dongeng-di-layar-perak
Selain menjadi hiburan sebelum meningkat remaja, kisah dongeng memainkan peranan sebagai ‘pendidik’ secara tidak langsung menerusi teladan yang tersimpul disebaliknya.

Kebaikkan akan menewaskan kejahatan, rupa paras bukanlah sandaran. Begitulah pedoman yang dibawa bersama tatkala si kecil mula mengenal dunia.

Namun cerita-cerita penglipur lara ini turut mencapai fasa di mana ia akan ditelan dek zaman tanpa bantuan perubahan.

Apakah perubahan yang dimaksudkan? Pastinya adaptasi kisah-kisah dongeng di layar perak. Jom imbas beberapa cereka klasik yang diangkat menjadi karya moden.

Hook (1991)

Kisah fantasi seorang budak yang mahu kekal kecil selama-lamanya mendapat garapan yang sangat berbeza di dalam filem ini.


Hook mengisahkan Peter Pan yang sudah meningkat dewasa dan mempunyai keluarga selepas meninggalkan Neverland.

Alice in Wonderland (2010)

Adaptasi arahan Tim Burton ini menggunakan kisah dongengan yang sama judul sebagai jalan ceritanya.


Barisan pelakon-pelakon hebat seperti Johnny Depp, Helena Bonham Carter dan Anne Hathaway turut membantu menghidupkan lagi beberapa karekter utama.

Red Riding Hood (2011)

Selama 50 tahun, kisah Le Petit Chaperon Rouge (Little Red Riding Hood) sudah diolah sebanyak 22 kali dan rendisi terbaharu pastinya filem arahan Catherine Hardwicke ini.


Amanda Seyfried memegang teraju utama dalam Red Riding Hood yang diterbitkan oleh Leonardo DiCaprio.

Beastly (2011)

Beastly adalah penceritaan semula cereka dongeng Beauty and the Beast tetapi menggunakan New York pada zaman sekarang sebagai latar belakangnya.


Mengaut USD43 juta (RM152 juta) walaupun dihentam teruk oleh pengkritik professional.

Snow White and the Huntsman (2012)

Adaptasi serius kisah dongeng Snow White and the Seven Dwarfs karya adik-beradik Grimm ini mendapat review yang kurang memuaskan.


Tatkala ramai yang mengecam lakonan Kristen Stewart sebagai Snow White namun rata-rata pengulas memuji pembawaan persona Permaisuri Ravenna oleh Charlize Theron dan watak Eric yang dimainkan oleh Chris Hemsworth.

Hansel & Gretel: Witch Hunters (2013)

Filem yang berlandaskan mitos rakyat Jerman ini mendapat olahan penuh dari MTV Films.


Jika dahulunya dua-beradik ini cuba melarikan diri dari seorang ahli sihir kanibal, interpretasi modennya pula mengubah aksara utama menjadi pemburu handalan ahli sihir.

Jack the Giant Slayer (2013)

Salah satu kisah dongeng popular di seluruh dunia, Jack dan kacang sakti digubah menjadi Jack si pemburu Gergasi.


Meskipun mendapat ulasan yang baik namun filem pengembaraan fantasi ini tidak mendapat kutipan yang bagus sepanjang tempoh tayangan.

Oz the Great and Powerful (2013)

James Franco memegang watak Oz yang popular menerusi buku cerita kanak-kanak The Wizard of Oz hasil imaginasi L. Frank Baum.


Filem berskala besar dengan bajet USD215 juta (RM762 juta) ini mendapat pulangan yang tidak kurang hebatnya. Sekuelnya dalam perancangan.

Frozen (2013)

Mengamit populariti di seluruh dunia, filem animasi Frozen sebenarnya dikarang berdasarkan kisah Snow Queen penulisan Hans Christian Andersen.


Memenangi beberapa anugerah berprestij, Frozen berjaya menewaskan The Lion King sebagai filem animasi dengan kutipan tertinggi di dunia.

Maleficient (2014)

Karya asal oleh Charles Perrault ini telah diangkat sebagai filem dark fantasy dengan menjadikan penjahat sebagai watak utama sekaligus karekter titularnya.


Maleficient merupakan watak antagonis di dalam kisah dongeng Sleeping Beauty namun filem adaptasi baru ini telah menukar sama sekali jalan ceritanya.

Jadi, mana satu filem kegemaran anda?

Kredit gambar: cinematheque, disney wikia, disneystore, openlettersmonthly, gamesradar, fanart, HBO, fanpop, cinemadope, cinemablend
 

Comments :

0 comments to “Adaptasi kisah dongeng di layar perak”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.