SAO PAULO, (MLP) - Oleh sebab
terlalu panas, para penumpang yang berada di dalam satu pesawat di sini
telah membuka pintu kecemasan. Ia difahamkan bahawa pesawat itu
mempunyai masalah dengan sistem penghawa dingin.
Pesawat
dengan 130 penumpang itu sepatutnya berangkat ke Sao Paulo dari Rio de
Janeiro tetapi terkandas di landasan untuk beberapa jam pada hari Ahad,
17 Januari 2015. Siaran televisyen Globo telah menyiarkan rakaman dari
dalam pesawat yang terlibat dan penumpang yang kepanasan dapat dilihat
mengipaskan diri sebelum akhirnya mengambil keputusan untuk membuka pintu kecemasan.
Seorang
penumpang memberitahu Globo bahawa dia ''rasakan seperti berada di dalam
sauna'' manakala seorang lagi berkata ''semua penumpang asyik mengadu
kerana panas''. Terdapat juga seorang penumpang wanita yang hampir
pengsan dan ramai lagi sentiasa mengelap muka mereka dengan air.
Syarikat
penerbangan Brazil, Gol dalam satu kenyataan telah berkata bahawa
unit-unit penghawa dingin telah rosak ketika berada di lapangan terbang.
Penumpang kemudiannya dipindahkan ke sebuah pesawat yang lain.
Kenyataan itu juga menyatakan bahawa segala langkah untuk mengurangkan
rasa ketidakselesaan penumpang akan diambil.
Brazil kini sedang mengalami musim panas di mana suhu panas boleh mencecah 40 darjah selsius.
Kredit Foto: Carib Journal
Comments :
0 comments to “Penumpang buka pintu pesawat kerana panas”
Post a Comment