KUALA LUMPUR, (MLP) - Tempahan
telah dibuka untuk model Myvi terbaru dari Perodua. Model terbarunya
akan dilancarkan pada 15 Januari 2015.
Menurut satu kenyataan, Perodua berkata
model yang terbaru ini telah direka untuk memberi tahap keselamatan yang
lebih tinggi. Syarikat itu telah melakukan kajian secara mendalam dan
telah memperoleh penarafan 4 bintang dari Program Penilaian Kereta Baru
Asean.
Model Myvi yang terbaru ini akan dijual
antara harga RM41,500 dan RM58,900 di Semenanjung Malaysia. Pembeli
mempunyai pilihan warna Electric Blue dan Cosmic Gold. Selama 9 tahun berturut-turut, Myvi telah menjadi kereta terlaris di Malaysia dan model yang paling berjaya untuk Perodua.
Kredit Foto: Bintang Sukan, LiveLifeDrive
Comments :
0 comments to “Tempahan dibuka untuk Myvi baru”
Post a Comment