Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Simpan mayat 6 bulan, berdoa suami hidup semula


simpan-mayat-6-bulan-berdoa-suami-hidup-semula
KANADA, (MLP) – Seorang wanita hidup ‘bersama’ mayat suaminya selama enam bulan sambil menyuruh kelima-lima anak mereka berdoa supaya lelaki itu hidup semua.

Peter Wald dipercayai meninggal dunia sekitar Mac namun jasadnya yang mula mereput dibiarkan di dalam sebuah bilik di kediaman keluarganya yang terletak di Ontario.

Perbuatan aneh itu terbongkar September lalu apabila Sherif bandar Hamilton tiba di rumah yang kini didiami isterinya, Kaling Wald bagi menyampai notis pengosongan premis kerana gagal membayar sewa.

Sherif menjumpai sebuah mayat yang dibungkus untuk mengelak bau busuk selain tujuh orang rakan kepada Kaling yang turut sama berdoa untuk ‘kebangkitan’ semua Peter.

Jiran tetangga menyifatkan Peter sebagai seorang yang sangat alim dalam hal ehwal agama Kristian. Peter menghidap diabetes dan pihak berkuasa percaya bahawa dia meninggal dunia akibat sebab semulajadi.

Isterinya didakwa atas kesalahan mengabai tugas menyempurnakan mayat selain dianggap menghina si mati. Namun dakwaan keatasnya telah dikurangkan kepada tuduhan gagal memberitahu polis atau koroner kematian.

Gambar utama sekadar hiasan

Kredit gambar: usatoday, dalje
 

Comments :

0 comments to “Simpan mayat 6 bulan, berdoa suami hidup semula”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.