Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Mati selepas bermain komputer untuk 3 hari


Mati selepas bermain komputer untuk 3 hari

mati-selepas-bermain-komputer-untuk-3-hari
KAOHSIUNG, (MLP) - Seorang lelaki berwarganegara Taiwan yang hanya dikenali sebagai Hsieh, 32, ditemui mati di sebuah kafe internet di sini pada minggu lepas.

Hsieh tidak bergerak dari kerusinya dan pengguna-pengguna kafe yang lain menyangka yang dia sedang tidur tetapi seorang pekerja telah sedar bahawa dia tidak bernafas dan telah memanggil pihak berkuasa dengan serta-merta. Dia kemudiannya dibawa ke hospital dan disahkan telah meninggal dunia.

Pakar perubatan mendapati bahawa Hsieh telah meninggal dunia kerana sakit jantung akibat bermain permainan komputer untuk masa yang panjang iaitu untuk 3 hari tanpa berhenti. Dia kerap mengunjungi kafe internet itu dan akan berada di situ untuk beberapa hari berturut-turut. 

Apabila letih, dia akan tidur dengan meletakkan wajahnya di atas meja atau tidur di atas kerusi.

Ini adalah kes yang kedua yang dilaporkan di Taiwan sejak permulaan tahun ini. Pada 1 Januari 2015, seorang lagi lelaki Taiwan dijumpai mati di ibu kota Taipei selepas bermain permainan komputer untuk 5 hari berturut -turut. 


Kredit Foto: Ibp

Comments :

0 comments to “Mati selepas bermain komputer untuk 3 hari”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.