BANDA ACEH, (MLP) – 26 Disember 2014 menjadi titik tanda 10 tahun
terjadinya salah satu tragedi paling buruk dalam sejarah Indonesia.
Bencana tsunami yang melanda Aceh sedekad lalu mengorbankan hampir 130,000 orang manakala lebih 500,000 penduduk kehilangan tempat tinggal.
Kejadian hitam itu masih meninggalkan kesan yang mendalam terhadap penghuni wilayah berkenaan namun kehidupan penduduk Aceh beransur pulih dan segelintir pula kembali menjalani kehidupan normal.
Meskipun kesan tsunami masih dapat dilihat sehingga ke hari ini, Banda Aceh kini pesat membangun hasil usaha kuasa pemerintahan ekonomi dari Indonesia bermula Julai 2005.
Beberapa tempat dan lokasi menjadi simbol ingatan kepada tragedi yang memilukan itu. Empat tanah perkuburan besar menjadi tempat persemadian puluhan ribu penduduk yang terkorban.
Sebuah kapal yang terdampar di atas runtuhan bangunan dan serpihan-serpihan bertaburan akan terus menjadi ingatan buat mereka yang terselamat.
Selain itu, sebuah muzium setinggi empat tingkat dengan bentuk bumbungnya menyerupai ombak besar telah dibina pada tahun 2009.
Kredit gambar: AFP, Getty, Bay Ismoyo, National Journal, ksdk

Comments :
0 comments to “Arkib Gambar: Mengenang 10 tahun Tsunami Aceh”
Post a Comment