Boleh
dikatakan semua orang mempunyai akaun laman sosial peribadi seperti
facebook, twitter dan Instagram yang membolehkan pelbagai luahan hati,
aktiviti dan gambar terkini dikongsi bersama rakan atau pengikut lain.
Malah ada juga yang rasa ralat sekiranya tidak melihat akaun mereka
setiap hari. Walaupun sekejap kepuasan yang rasai bagaikan sudah
memenangi hadiah istimewa.
Fenomena asyik menghadap tablet atau telefon bimbit juga boleh dilihat di mana saja sama ada ketika bermesyuarat, berjalanmahupunduduk di meja makan untuk menikmati makan malam bersama teman dan keluarga. Tidak hanya membabitkan golongan muda, ibu juga terjebak sama apabila kemaruk mengambil gambar anak kesayangan melakukan sesuatu perkara lalu dimuat naik ke laman sosial.
Pada
zaman serba moden yang dilimpahi dengan kecanggihan teknologi pelbagai
peranti seperti kamera digital atau kamera di telefon, ibu bapa kini
kadangkala leka dengan aktiviti sendiri tanpa menghargai waktu
membesarbersama anak di sisi. Benar,kewujudan teknologi sedikit
sebanyak memudahkan ibu bapa moden mengambil atau merekod saat manis
mereka bersama anak menggunakan kamera atau video, kemudian berkongsi
detik indah itu dengan orang lain melalui rangkaian sosial. Namun
ironinya, teknologi berkenaan tidak menjamin peranan seorang ibu yang
memperuntukkan masa dan komitmennya untuk membesar bersama anak mereka.
Dengan pelbagai tekanan seperti masalah di tempat kerja atau kewangan, bagaimana ibu masa kini terbabit dan merasai sendiri pengalaman bersama anak mereka yang semakin membesar.
Comments :
0 comments to “Hadkan masa guna komputer”
Post a Comment