BEIJING, (MLP) – Gara-gara menyimpan janggut dan memakai purdah,
satu pasangan suami isteri dikenakan hukuman penjara oleh pihak berkuasa
tempatan.
Memetik laporan China Youth Daily, mahkamah Bandar Kashgar menjatuhkan hukuman penjara enam tahun kepada lelaki dari etnik Uighur itu kerana membela janggut. Manakala, isterinya pula dihukum penjara selama dua tahun kerana memakai purdah.
Lelaki berumur 38 tahun itu dikatakan membela janggut sejak 2010, pada masa yang sama isterinya pula mula berpurdah.
Mereka sebelum ini pernah diberikan amaran oleh pihak berkuasa Wilayah Xinjiang, China. Peringatan tersebut langsung tidak diendah lantas menyebabkan keduanya ditahan dan dihadapkan ke mahkamah.
Pasangan terbabit didapati bersalah atas pertuduhan mencetuskan pergaduhan dan sengaja menimbulkan masalah. Difahamkan dakwaan berkenaan dianggap sesuatu yang biasa digunakan dalam sistem kehakiman di negara itu.
Menurut pihak berkuasa Xinjiang, amalan menyimpan janggut dan berpurdah tidak sesuai diamalkan ekoran sering dikaitkan dengan ekstremis.
Waima program membasmi penyimpanan berjanggut telah dijalankan sejak setahun lalu, kempen ‘Projek kecantikan’ pula menggalakkan wanita tidak memakai purdah.
Tindakan Beijing yang dilihat menekan dan menghalang etnik Uighur mengamalkan budaya serta agama mereka adalah punca ketegangan di Xinjiang yang semakin memuncak. Siri keganasan turut dicatatkan sejak beberapa tahun kebelakangan.
Tahun lalu, sekurang-kurangnya 200 orang terbunuh dalam satu siri letupan dan pertempuran dengan pasukan keselamatan. Beijing mendakwa ia berpunca daripada ekstrimis agama dan puak pemisah.
Sekitar April 2014, pihak berkuasa di Daerah Shaya bertindak menawarkan ganjaran tunai kepada sesiapa yang melaporkan sekiranya jiran mereka menyimpan janggut.
Selain itu, Ogos tahun lalu menyaksikan pihak berkuasa Bandar Karamay melarang lelaki berjanggut atau berjubah menaiki bas awam.
Kredit gambar: standup4islam

Comments :
0 comments to “Suami isteri dipenjara kerana berjanggut dan berpurdah”
Post a Comment