Tahukah anda ada sesetengah makanan yang lebih mahal dari harga sebuah kereta?
Ya! Macam tidak boleh percaya kan?
Ada sesetengah orang sanggup menghabiskan ribuan untuk menikmati makanan yang mewah.
Nak tahu makanan apa yang berharga ribuan? Berikut adalah 5 makanan termahal di dunia.
Trufel Putih (trifola d’Alba)– $160,406 (RM536,760)
Trufel yang berasal dari Itali ini merupakan trufel terbesar dan termahal di pasaran.
Almas beluga caviar - AS$28,000 (RM93,701)
Kaviar
ini dihasilkan daripada telur sturgeon albino yang hanya ditemui di
Laut Kaspia. Bungkusan hidangan mewah yang diimport dari Iran ini
diperbuat daripada emas 24 karat. Patutlah mahal!
Tembikai Yubari – AS$22,872 (RM76,522)
Tembikai
berharga RM 76, 522? Macam Tak boleh percaya kan. Tembikan yang digelar
sebagai 'raja buah' ini mahal kerana rasanya yang manis dan sempurna.
Pizza Royale 007’ - AS$4,200 (RM14,051)
Pizza
termahal ini dihasilkan daripada ikan salmon Scotland dan daging rusa.
Bukan itu sahaja, lapisan atasnya dibuat daripada kepingan emas 24 karat
yang boleh dimakan. Makan emas? Hurmm..
Daging Wagyu - AS$2,800 (RM9,374)
Menurut
sumber, daging ini merupakan sajian golongan atasan di Jepun dan
kelompok elit di seluruh dunia. Malah, rasa daging ini juga jauh lebih
enak serta lembut berbanding daging lembu biasa yang lain.
Sanggupkah anda menghabiskan ribuan duit hanya untuk makanan?
Kredit Gambar: KL post/ Azure/ Siakap keli
Comments :
0 comments to “ 5 makanan termahal di dunia”
Post a Comment