Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Ketahui psikologi warna pakaian anda


ketahui-psikologi-warna-pakaian-anda
Warna pada pakaian boleh memberikan impak kepada si pemakai. Seseorang boleh menggunakan warna untuk menyampaikan sesuatu mesej kepada orang lain, contohnya, sofistikated, berani, serius, kasual, profesional dan sebagainya.

Warna boleh menyokong anda dari segi emosi pada keadaan-keadaan yang tertentu. Contohnya, seseorang yang kurang berkeyakinan tetapi ingin dapatkan perhatian ketika berada didalam kumpulan yang besar boleh memakai warna yang terang (bersesuaian dengan si pemakai) untuk mendapatkan objektif yang dikehendaki.



MERAH
• Kesan utama : Fizikal
• Keberanian, agresif , riang , panas , bahaya , marah , kuasa, menakluk, menarik perhatian.
• Jika digunakan keterlaluan,  boleh meletihkan, menjengkelkan dan agresif, oleh itu gunakan dengan bijak.
• Selalunya digunakan untuk menyampaikan mesej keberanian, semangat dan kuasa.



MERAH JAMBU
• Kesan utama : Fizikal  
• Kewanitaan, romantik, lembut, sensitif, mesra, mudah didekati, perlu dilindungi.
• Selalunya digunakan untuk menyampaikan mesej kelembutan, mudah didekati dan cinta.
• Terlalu banyak atau terlalu terang merah jambu menunjukkan tidak matang, kerapuhan, tidak dapat membuat keputusan dan terlalu bergantung kepada orang lain.



JINGGA/OREN
• Kesan utama: Fizikal
• Meriah, kurang serius, mesra, ceria, menyegarkan, merangsang suasana yang santai dan ceria.
• Selalunya digunakan untuk menyampaikan mesej kreativiti dan keunikan, untuk keselesaan fizikal, seperti untuk makanan dan hiburan.
• Terlalu banyak oren menunjukkan sikap sambil lewa dan tidak serius dalam melakukan sesuatu perkara yang penting.



KUNING
• Kesan utama: Emosi
• Warna Diraja, rasa bertenaga, optimis, ceria, keyakinan, panas, sejahtera, takut, kerapuhan emosi. 
• Selalunya digunakan untuk menyampaikan mesej kreativiti rasa seronok, 'up-to-date' dan ketika aktiviti. 
• Penggunaan pada kuantiti yang bersesuaian pada keadaan yang sesuai boleh menaikkan semangat dan harga diri seseorang.
• Terlalu banyak kuning boleh menunjukkan harga diri yang rendah, ketakutan dan kebimbangan.



HIJAU
• Kesan utama: Keseimbangan emosi
• Harmoni, ketenangan, 'universal', kedamaian, rehat, pemulihan dan penyembuhan, jaminan, bosan, iri hati, kurang aktif.
• Selalunya digunakan untuk menyampaikan mesej rasa keseimbangan emosi, tenang dan bersantai .
• Terlalu banyak hijau boleh menunjukkan seseorang itu hambar dan tidak menarik.



BIRU
• Kesan utama: Intelek
• Perisikan, keamanan, kedamaian, tenang, luas, formal, bisnis, dalam keadaan berfikir atau refleksi. 
• Selalunya digunakan untuk menyampaikan mesej berkaitan dengan komunikasi intelektual, pengetahuan dan logik .
• Terlalu banyak biru  boleh menunjukkan kurang mesra, sikap acuh tak acuh dan tidak aktif.



UNGU
• Kesan utama: Rohani
• Kebenaran, rohani, mewah, mendominasi,  misteri, bijaksana, bermaruah, pengorbanan, kualiti.
• Selalunya digunakan untuk menyampaikan mesej pemikiran yang mendalam, meditasi , mewah dan kualiti terbaik .
• Terlalu banyak warna ungu membawa terlalu banyak introspeksi. Tona ungu yang salah boleh memberi mesej yang seseorang itu kurang harga diri dan menjijikkan. Kesan ini adalah lebih cepat berbanding warna lain.



PUTIH
• Kesan utama: Fizikal
• Kebersihan diri, suci, neutral, sofistikated, cekap, halangan, menyerah.
• Selalunya digunakan untuk menyampaikan mesej kesucian dan kebersihan.
• Terlalu banyak warna putih menyampaikan mesej yang menjerit, 'JANGAN SENTUH SAYA!', perasaan kurang mesra dan seperti ada halangan untuk berkenalan dengan orang tersebut.



HITAM
• Kesan utama: Emosi
• Sofistikated, glamor, emosi terkawal, cekap, misteri,  bijaksana, kesedihan. 
• Selalunya digunakan untuk menyampaikan mesej sofistikated, kreativiti (apabila digunakan dengan warna lain), kesungguhan dan alam misteri.
• Terlalu banyak warna hitam boleh menunjukkan kebosanan, kesungguhan tanpa kompromi dan hambar .



KELABU
• Kesan utama: Neutral
• Konservatif, bisnes, perisikan, kesederhanan, sedih, kurang keyakinan, kemurungan.
• Selalunya digunakan untuk menyampaikan mesej saya mengikut arahan, kesederhaan, berkecuali (tidak mengambil mana-mana pihak).
• Terlalu banyak warna kelabu menunjukkan kurang keyakinan dan rasa takut. 



COKLAT
• Kesan utama: Neutral
• Semulajadi, meyakinkan, sokongan, berat, serius , kurang sofistikated , tidak memberi inspirasi, kurang keyakinan
• Selalunya digunakan untuk menyampaikan mesej berkeyakinan dalam berkomunikasi, warna tanah dan bumi semula jadi .
• Terlalu banyak warna coklat boleh menyebabkan seseorang kelihatan tidak menarik dan tidak bermaya .
 

Comments :

0 comments to “ Ketahui psikologi warna pakaian anda”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.