Seorang lelaki berumur 20an di Britain berhasrat untuk menjadi
bapa lantas memilih untuk menggunakan ibu tumpang (surrogacy).
Tambah lebih menghairankan apabila wanita yang dipilih untuk mengandungkan bakal zuriatnya adalah ibu sendiri!
Memetik laporan Daily Mirror, pada mulanya lelaki berkenaan berhasrat memilih seorang yang mempunyai pertalian saudara sebagai ibu tumpangan.
Namun keadaan kesihatan menyebabkan wanita itu berubah fikiran. Maka ibu kepada lelaki itu bersetuju untuk menggantikan tempat saudara tersebut.
Akhbar tabloid itu sempat menemuramah seorang peguam yang mengkongsikan pendapatnya. Peguam itu menyatakan meskipun ibu lelaki itu mengandungkan bayi berkenaan namun ia tidak menggunakan ovum si ibu.
Berdasarkan perkongsian seorang hakim menerusi laman Telegraph, bayi terbabit kini tinggal bersama bapa kandungnya sejak lahir dan hidup serba lengkap.
“Ia adalah satu ‘pengaturan yang pelik’ tetapi tidak ada masalah dari segi undang-undang,” ujar hakim berkenaan.
Kredit gambar: healthfreedoms

Comments :
0 comments to “Wanita menjadi ibu tumpang untuk anak sendiri”
Post a Comment