RIYADH, (MLP) – Seorang wanita mengalami nasib yang malang
apabila dia diceraikan suaminya hanya kerana minum air berkarbornat
berjenama Pepsi.
Perkara itu didedahkan oleh seorang pakar rumah tangga Arab Saudi, Dr. Abdul Aziz Al-Zeer dalam sebuah program televisyen tempatan.
Menurut Dr. Abdul Aziz, kes unik itu adalah antara kes perceraian yang paling pelik pernah ditemuinya.
Beliau difahamkan, wanita berkenaan telah dinasihatkan oleh suaminya agar tidak mengambil minuman bergas itu atas sebab-sebab yang tertentu.
Namun wanita itu telah membelakangkan hasrat suaminya lalu menncuri-curi minum air berkenaan ketika pasagannya tiada di rumah. Salah satu kemungkinan mengapa dia berbuat demikian adalah kerana ketagih akan minuman terbabit.
Bagaimanapun, suaminya telah menemui botol minuman berkenaan apabila pulang ke rumah.
Ekoran berang dengan penemuan itu, lelaki terbabit terus menceraikan isterinya dengan serta-merta walaupun mereka sudah lama berkahwin dan mempunyai empat orang cahaya mata.
Pakar rumah tangga itu turut mendedah insiden seorang lelaki yang menceraikan isterinya hanya kerana wanita itu mahu bermanja-manja dengan memegang tangan suaminya ketika berada di lapangan terbang.
Kredit gambar: islamtimes

Comments :
0 comments to “ Ceraikan isteri kerana minum Pepsi”
Post a Comment