‘Berjiran’ dengan mayat dalam penerbangan
TANZANIA, (MLP) - Seorang
wanita terpaksa ‘berjirankan’ mayat dalam penerbangan 10 jam ke
Tanzania apabila lelaki yang duduk di sebelahnya mati dalam penerbangan.
Menurut wanita itu yang juga wartawan
Radio Swede, ketika menaiki penerbangan Kenya Airways di lapangan
terbang Amsterdam, lelaki terbabit yang berusia 30-an berkelihatan tidak
sihat kerana berpeluh dan sawan.
Malangnya, lelaki itu meninggal dunia selepas dua jam pesawat itu berlepas.
Menurutnya, anak kapal terpaksa membaringkan mayatnya merentasi tiga tempat duduk dan menutupnya dengan selimut.
Bagaimanapun, kaki mayat didakwa masih terjulur oleh wanita tersebut.
Wanita itu kemudian membuat aduan mengenai kejadian tersebut kepada syarikat penerbangan.
Kenya Airways memohon maaf dan memulangkan separuh harga tambang.
Comments :
0 comments to “‘Berjiran’ dengan mayat dalam penerbangan”
Post a Comment