Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Cuti Sekolah: 5 perkara seronok untuk dibuat


cuti-sekolah-5-perkara-seronok-untuk-dibuat
Masa yang dinanti – nantikan oleh semua pelajar sekolah sudah tiba! Siapa tidak suka cuti sekolah? Ini adalah masa terbaik untuk pelajar sekolah kerana mereka tidak perlu buat kerja rumah atau berjumpa dengan cikgu – cikgu yang suka meleter. 

Dengan musim cuti sekolah penggal menjelma, kami di MLP mempunyai 5 perkara seronok untuk dibuat semasa cuti sekolah!

Tidur!

Tidur, tidur dan tidur! Ini adalah perkara yang paling seronok untuk dibuat semasa cuti sekolah. Hal in kerana, ini adalah peluang terbaik untuk anda bangun lambat atau berkurung sepanjang hari di dalam bilik tidur. Best kan? 

Cuti – cuti Malaysia

Cuti sekolah juga merupakan masa yang tepat untuk melancong, kononnya, 'release stress'. Pada masa ini, banyak promosi cuti dan aktiviti hiburan akan dianjurkan, mesti berbaloi kalau bercuti.  

Maraton filem

Mesti anda mempunyai senarai filem untuk ditonton. Jika ya, gunalah masa ini untuk menonton semua filem yang digemari. Pagi sampai malam, duduk depan TV sahaja!

Memasak

Ini khas ditujukan kepada pelajar perempuan yang suka memasak. Ini adalah peluang terbaik untuk memasak makanan kesukaan anda ataupun belajar memasak dengan ibu. 

Keluar dengan rakan – rakan

Pada masa ini, semua pusat membeli – belah akan dipenuhi oleh golongan pelajar sekolah! Memanglah, cuti sekolah adalah peluang terbaik untuk anda keluar bersama rakan – rakan. Tengok wayang? Bowling? Macam - macam anda boleh buat. Jadi, tunggu apa lagi? 
Kredit Gamabar: School hour/ GIPHY

Comments :

0 comments to “Cuti Sekolah: 5 perkara seronok untuk dibuat”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.