Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Bas guna tenaga najis


bas-guna-tenaga-najis
LONDON, (MLP) - Bas pertama yang menggunakan tenaga najis manusia dan sisa buangan isi rumah akan memulakan perkhidmatannya di London pada hujung bulan ini. 

Bagaimanapun, syarikat itu menjamin ia tidak akan berbau busuk atau kotor.

Difahamkan,  bas yang dikendalikan oleh syarikat bas First West of England itu akan menggunakan sisa buangan daripada 32,000 rumah di sepanjang laluannya sejauh 24 kilometer.

Dengan menggunakan kuasa gas biomethane, bas itu dikenali sebagai ‘Bio-Bus’. 

Menurut Harian Metro, bas itu akan mengisi bahan tenaganya di Avonmouth, Bristol, tempat najis dan sisa makanan ditukar menjadi gas biomethane.

Bas yang boleh membawa 40 penumpang itu mula diperkenalkan di Bristol untuk khidmat cubaan tahun lalu dan bas itu bagaimanapun akan digunakan selama empat hari seminggu bermula 25 Mac.

Menurut syarikat itu, mereka akan akan menimbang untuk memperkenalkan lebih banyak bas jika operasi pertama ini berjaya. 

Menurut Pengarah Urusan First West of England James Freeman, Bio Bus mendapat tumpuan dunia  ejak diperkenalkan tahun lalu. 

“Kami akan memastikan ia beroperasi dengan baik,” katanya. 
Kredit Gambar: Metro

Comments :

0 comments to “Bas guna tenaga najis”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.