Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Perogol salahkan mangsa rogol


perogol-salahkan-mangsa-rogol
NEW DELHI, (MLP) - Salah seorang banduan yang didakwa dengan kesalahan merogol pada 2012 menuduh mangsa rogolnya sebagai punca kejadian.

Menurut Sinar Harian, tertuduh, Mukesh Singh dalam temuduga BBC memberitahu bahawa wanita yang keluar pada waktu malam patut dipersalahkan jika mereka menarik perhatian perogol.

"Perempuan patut dipertanggungjawabkan dalam kes rogol," kata Mukesh  yang merogol dan membunuh mangsa, Jyoti Singh.

Menurutnya, perempuan yang baik tidak akan berada di luar rumah selepas jam 9 malam dan setiap wanita harus berada di rumah, bukan pergi  ke disko tau bar sambil memakai pakaian yang tidak sopan. 

Muskesh juga memberitahu bahawa hukuman mati terhadap perogol sebenarnya memburukkan lagi keadaan.

“Sebelum hukuman mati dikenakan,  perogol akan tinggalkan mangsa selepas merogol. Sekarang, dengan undang - undang hukuman mati, perogol mengambil kesempatan untuk merogol dan membunuh mangsa rogol mereka," jelas Mukesh.
 

Comments :

0 comments to “Perogol salahkan mangsa rogol”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.