Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

8 makanan pelik di dunia


8-makanan-pelik-di-dunia-yang-harus-dicuba
Seketika melangkah ke negara asing, pastinya hati sunguh teruja untuk menjengah varsiti budaya yang terkandung dalam kehidupan tempatan.

Makanan bersifat universal, maka budaya setempat juga mampu mempengaruhinya. Tidak kira di mana sahaja tempat di dunia, pasti sesebuah negara itu mempunyai seleksi hidangan yang unik dan sungguh berlainan.

Kenali pilihan lapan makanan yang dianggap pelik di dunia.

Balut (Filipina)


Bosan dengan telur rebus? Begitu juga telur goreng atau scrambled egg? Orang Filipina memakan balut yakni embrio itik hampir menetas direbus bersama kulitnya.

Kopi Black Ivory (Thailand)


Rasanya kopi yang enak, lembut dan pekat lazat. Mahu tahu apa rahsianya? Pastinya sentuhan najis gajah. Biji kopi diberi makan kepada gajah lalu dikutip semula semasa haiwan berkenaan melawasnya.

Hákarl (Iceland)


Seketika menjengah ke Iceland, yang terkenal dengan makanan pelik hákarl iaitu ikan jerung yang telah reput. Ikan tersebut direndam dan ditapai selama beberapa bulan sebelum dipotong menjadi kepingan dan dikeringkan.

Beondegi (Korea Selatan)


Pernah terfikir untuk merasai ulat? Inilah beondegi! Pulpa ulat sutera ini dihidang sebagai snek tradisional di Korea Selatan.

Belalang (Seluruh dunia)


Belalang dikenali sebagai salah satu sumber protein. Belalang goreng amat popular di Asia dan mudah didapati di pasar. Di Mexico pula, makanan ini dipanggil chapulines dan sering dihidangkan bersama limau nipis dan bawang putih.

Witchetty grub (Australia)


Lazimnya menjadi makanan ringan, witchetty grub adalah terma yang digunapakai di Australia untuk panggilan larva putih rama-rama yang besar. Snek ini mula-mula sekali diterokai oleh orang asli.

Labah-labah goreng (Cambodia)


Salah satu makanan eksotik yang popular, labah-labah yang dimaksudkan adalah tarantula. Restoran Romdeng yang terletak di Phnom Penh menghidangkan tarantula goreng dengan kuah cicah lada hitam dan limau nipis.

Century eggs (China)


Usah risau, telur-telur ini tidak disimpan selama 100 tahun. Cuma beberapa bulan. Namun itu sudah cukup untuk membuatkan kuning telur bertukar menjadi warna hijau pekat.


Kredit gambar: Paula Bronstein, Getty Images, Samjamphoto, Cambodia's Top Tables, spanishsabores
 

Comments :

0 comments to “8 makanan pelik di dunia”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.