Apple Inc akhirnya mendedahkan taruhan terbarunya iaitu Apple Watch
dalam satu sidang perkenalan media semalam. Meskipun diperkenalkan pada
September tahun lalu, butiran mengenai jam pintar ini telah diketahui
umum.
Pembaharuan yang diperkenalkan Apple bagi menandingi pesaing lain di pasaran termasuklah perkenalan 3 koleksi berbeza iaitu Apple Watch Sport, Apple Watch dan Apple Watch Edition.
Apple Watch Sport dilengkapi kemasan aluminum anodized dan direka untuk golongan cergas bersukan.
Apple Watch yang menyasarkan golongan pertengahan mempunyai dua warna menarik iaitu perak dan hitam glossy ‘space’.
Bagi mereka yang mendambakan elemen elegan, Apple Watch Edition menggunakan kristal sapphire untuk melindungi skrin selain diselaputi emas 18 karat.
Fungsi dalaman Apple Watch sememangnya tidak dapat disangkal. Selain berfungsi sebagai jam biasa, Apple Watch mempunyai perisian kalender, peta, penggera, cuaca, kronografi, temujanji dan lain-lain.
Kini pengguna boleh menggunakan jam pintar untuk bermesej, menjawab panggilan, memantau jadual harian, melihat posting terbaru di Instagram dan banyak lagi.
Mungkin ada yang musykil dengan kadar hayat baterinya. Tidak perlu bimbang kerana cas penuh Apple Watch boleh bertahan sehingga 18 jam dengan penggunaan yang normal.
Pesanan awal Apple Watch akan dibuka bermula 10 April waima penghantaran bermula pada 24 April. Anggaran kosnya pula USD349 (sekitar RM1,299) hingga USD10,000 (RM37,000) bergantung kepada jenis.
Kredit gambar: techcrunch

Comments :
0 comments to “ Apple Inc perkenalkan Apple Watch”
Post a Comment