Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Jual anak untuk bercuti


jual-anak-untuk-bercuti COLOMBO, (MLP) - Seorang ibu sanggup menjual anak lelakinya berusia lima tahun dengan harga Rs30,000 (RM834) semata-mata untuk bercuti bersama teman lelakinya.

Media melaporkan, pasangan itu telah menjual anak mereka untuk memperoleh wang untuk bercuti di luar negara.

Wanita berkenaan, teman lelakinya dan ejen terlibat telah ditangkap oleh polis.

Difahamkan, mereka didakwa apabila ejen berkenaan menjual anak terbabit kepada seorang anggota polis yang menyamar sebagai pembeli.

Kisah itu dikatakan terbongkar selepas pasangan kekasih itu tiba di Colombo dan tinggal di sebuah hotel untuk mencari bakal pembeli.

Kemudian, pihak polis dihubungi oleh seorang awam dan melaporkan rancangan mereka.

Kanak-kanak itu sudah diserahkan ke Rumah Kebajikan Kanak-Kanak Prajapathi manakala pasangan terbabit akan dihadapkan ke mahkamah.

Kredit Gambar: Baby Center

*Gambar sebgai hiasan

Sumber

Comments :

0 comments to “ Jual anak untuk bercuti”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.