Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Kisah cinta anda bagai 'fairytale'?


kisah-cinta-anda-bagai-fairytale
Biasa membaca dan menonton kisah-kisah fairytale? Mungkin anda tidak sedar kisah cinta anda sendiri sebenarnya seperti satu kisah cinta agung ala fairytale.

Mari lihat tanda-tanda hubungan anda dan si dia layak diadaptasi menjadi fairytale dalam filem mahupun novel.

1. Anda dan si dia hanya tahu nama masing-masing selepas tiga kali berjumpa. Ini kerana setiap kali berjumpa, anda lebih fokus untuk tengok mata dan senyumannya supaya anda boleh mimpikannya.

2. Ibunya tak sukakan anda dan sanggup buat apa sahaja untuk menghalang hubungan anda.



3. Si lelaki ada ramai adik beradik lelaki, tetapi mereka semuanya hilang atau dah meninggal dunia.

4. Alam semulajadi sentiasa menyebelahi anda. Hujan lebat tiba-tiba sahaja reda kerana anda nak keluar date dengan dia.



5. Ada satu bilik dalam rumahnya yang anda tak dibenarkan masuk. Tetapi anda fikir apalah salahnya...

6. Setiap kali diminta bercerita tentang kisah cinta anda, anda akan mulakannya dengan "Pada suatu ketika dahulu..." 
 

Comments :

0 comments to “ Kisah cinta anda bagai 'fairytale'?”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.