
Seekor
lembu di Britain mungkin mencatatkan rekod baru dunia sebagai yang
terbesar selepas mempunyai ketinggian 1.8 meter dan mempunyai berat
hampir satu tan, lapor sebuah akhbar semalam.
Walaupun mempunyai saiz sebesar anak gajah, lembu yang dinamakan
Chilli itu hanya memakan rumput dan kadang-kala diberi makan lobak.

Chilli
yang berusia sembilan tahun dipelihara di Pusat Jagaan Haiwan Ferne di
Chard, Somerset di Britain selepas diserahkan oleh tuannya ketika
berusia enam hari.
“Kami mula menyedari Chilli lebih besar daripada lembu yang lain
ketika ia sedang membesar,” kata pengurus pusat itu, Naomi Clarke.

Pemilik
pusat jagaan itu telah menghubungi pihak Guinness Book of Records yang
kini sedang meneliti dan membandingkan haiwan itu dengan rekod
lembu-lembu yang lain.
Sumber
Comments :
0 comments to “Lembu Terbesar Di Dunia”
Post a Comment