Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

‘Abang selimut’ cuba selamat gadis

Beifang: Puluhan pelajar lelaki sebuah universiti di wilayah autonomi Ningxia Hui di barat laut China membentuk jaring keselamatan dengan menggunakan selimut untuk menyelamatkan seorang pelajar perempuan yang cuba membunuh diri.

Menurut laporan, pelajar perempuan berkenaan itu dilihat bersiap sedia untuk terjun dari bumbung bangunan di Universiti Beifang.

Seorang pelajar, Zhang Ming berkata, sebaik mengetahui mengenai perkara itu, pelajar lelaki mengalihkan basikal yang diletak dibawah bangunan berkenaan dan dengan pantas merentangkan 20 selimut.

Mereka berdiri di situ dengan harapan dapat menyelamatkan pelajar perempuan itu jika ia terjun.

Bagaimanapun, seorang guru dengan bantuan bomba yang tiba di tempat kejadian berjaya mengheret pelajar terbabit dari bumbung bangunan.

Pelajar itu dikatakan baru memasuki universiti berkenaan dan tertekan kerana putus cinta.

Pengguna laman sosial China memuji tindakan pantas pelajar lelaki berkenaan dan menggelar mereka ‘abang selimut.’

Sumber

Comments :

0 comments to “‘Abang selimut’ cuba selamat gadis”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.