Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Tangkap gambar'selfie' kena saman?


Kepada mereka yang minat menangkap gambar 'selfie', hati-hati, kerana anda mungkin disaman!

Setiap kali anda menangkap gambar 'selfie' dan muat naik di laman sosial, anda boleh disaman sebanyak USD1(RM3.33).

Siapa yang akan saman? Kenapa saman?

Jika anda merupakan salah seorang yang bosan melihat gambar 'selfie' rakan anda, anda boleh ketengahkan dia ke 'The Selfie Police'. 



Tapi, janganlah risau. Setiap kali anda disaman, duit yang diberi itu akan digunakan untuk buat amal. 'The Selfie Police' merupakan satu platform untuk mengumpul duit amal bagi yayasan Vittana yang khas membantu pelajar yang tidak mampu membiayai yuran pengajian tinggi.

Platform ini telah dibina oleh dua pelajar dari Brigham Young University di Hawaii. Usaha ini adalah untuk memberi peluang kepada mereka yang ingin melanjutkan pelajaran tetapi tidak mempunyai kemampuan untuk berbuat demikian.

Mereka turut memaparkan senarai 'selfie' 'The Most Wanted' seperti Beyonce, Rihanna dan kumpulan penyanyi 'Imagine Dragons'.

Adakah anda akan menjadi 'selfie police' atau jika anda dituduh/didakwa menangkap gambar 'selfie', adakah anda akan menderma?

Sumber

Comments :

0 comments to “ Tangkap gambar'selfie' kena saman?”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.