Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Spesis Ayam Hitam Yang Pelik

Spesis Ayam Hitam Yang Pelik |

Perkongsian gambar sejenis ayam hitam yang nampak pelik sebab bukan sahaja ayam tu hitam melegam luar dalam tapi telur ayam itu pun hitam.

Betul ke ada telur ayam hitam melegam macam arang?

Ayam Cemani bukan sahaja memiliki bulu yang hitam tetapi semuanya tentang ayam itu adalah hitam termasuk kulit, lidah, kaki, kuku, daging, organ sampai ke tulangnya pun hitam. Darahnya tak adalah hitam tetapi warna darahnya sangat gelap.
Spesis Ayam Hitam Yang Pelik
Asal Ayam Cemani dari Jawa Indonesia. Di situlah ia mendapat namanya. Cemani bermaksud hitam dalam bahasa Jawa. Pada tahun 1998, Ayam Cemani diperkenalkan kepada penternak ayam di Belanda. Bermula dari situ ia semakin dikenali dan diminati akibat rupanya yang unik. Malah Ayam Cemani boleh dianggap sebagai ayam paling mahal di dunia, dimana seekor ayam boleh mencecah $2,500.

Di Asia, daging Ayam Cemani dianggap memiliki ilmu mistik. Ayam Cemani selalunya disembelih ketika seseorang wanita sedang bertarung melahirkan anak kerana dipercayai akan membawa tuah kepada bayi dan ibu tersebut. Malah ada segelintir orang Asia yang percaya makan daging ayam hitam ni dapat membawa tuah dan memurahkan rezeki.

Ada sesiapa pernah merasa daging ayam hitam?  Biarpun semua tentang Ayam Cemani ni adalah hitam TETAPI telur Ayam Cemani bukanlah hitam sebaliknya ia berwarna krim sama seperti telur ayam daging biasa.


Jom layan beberapa lagi keping gambar Ayam Cemani
Anak Ayam Hitam
Ayam Cemani Jantan
Ayam Cemani Betina
Lidah Ayam Cemani
Daging Ayam Hitam

sumber info

Comments :

0 comments to “Spesis Ayam Hitam Yang Pelik”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.