Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Kanak-kanak 2 tahun digigit anjing semasa bermain


kanak-kanak-2-tahun-digigit-anjing-semasa-bermain
ENGLAND, (MLP) - Seorang kanak-kanak perempuan dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian muka selepas digigit seekor anjing ketika sedang bermain di sebuah taman, Ahad lepas.

Memetik laporan Dailymail, Libby Jane Wilson, 2,  dikatakan sedang bermain di sebuah terowong di taman permainan bersama-sama ayahnya apabila seekor anjing baka Jack Russel menyerangnya.

Menurut ayah mangsa berkenaan, Alex Knight, beliau bertindak cepat dengan menendang anjing tersebut selepas anak perempuannya menjerit dalam kesakitan. 

Bagaimanapun, selepas kejadian itu, pemilik anjing tersebut melarikan diri bersama anjingnya dan melarikan diri.

Kanak – kanak itu kemudian dikejarkan ke hospitan untuk rawatan lanjut. 

Menurut doktor, kanak-kanak tersebut yang luka di bawah mata dan di atas bibir akan sembuh seperti sediakala selepas suntikan antibiotik. 
Kredit Gambar: Sinar Harian/ Gazette
*Gambar utama sebagai hiasan sahaja*

Comments :

0 comments to “Kanak-kanak 2 tahun digigit anjing semasa bermain”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.