Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Samsung Galaxy S6 menawan

Selepas lama dengan rekaan yang agak biasa, model terbaru siri Galaxy S ternyata berjaya memukau penguji.

Paling memikat mata, warna yang digunakan S6 unik dan menawan apabila Samsung memberi S6 empat pilihan warna putih, hitam, biru dan emas. Sudah pasti emas menjadi pilihan.

Bahan yang digunakan juga menarik sehingga ia memantulkan kilauan dengan tampilan warna berbeza pada sudut pandangan berlainan.

Penguji tidak perlu memberi spesifikasi peranti yang pernah diterbitkan sebelum ini. Selain bateri boleh ubah, rekaan unibodi turut mengorbankan satu lagi fungsi penting iaitu slot kad memori.

Galaxy S6 tidak lagi mempunyai slot kad memori, tetapi ia meningkatkan memori minimum kepada 32GB di samping tawaran setoran ‘cloud’ OneDrive sebanyak 100GB selama dua tahun secara percuma kepada penggunanya.

S6 dilengkapi skrin Super AMOLED 5.1 inci dengan resolusi QuadHD 2560 x 1440 piksel.

Telefon pintar terbaru Samsung ini bukan saja peranti berkuasa tinggi dengan rekaan menawan, tetapi ia perkakasan perniagaan yang membantu peniaga menjadi lebih produktif.

Ia dapat disaksikan dengan fungsi Knox, platform keselamatan mudah alih hujung ke hujung dengan gred keselamatan ketenteraan.

Samsung Knox memberi perlindungan masa sebenar kepada peranti serta data dalamnya dari sebarang ancaman.

Ia adalah platform mudah alih dengan keselamatan tahap tinggi dan sudah pasti ia digunakan pelbagai sektor kerajaan dan bahagian pertahanan untuk digunakan bersama maklumat sulit serta boleh diakses oleh mereka yang berkenaan saja. Ia diluluskan untuk kegunaan kerajaan seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Rusia dan Finland.

S6 sendiri peranti yang berkuasa dilengkapi CPU berprestasi tinggi 14nm dan menyokong arahan 64 bit. Baterinya dipertingkatkan dan ditambah fungsi pengecasan pantas. D

Dengan 10 minit cas saja, ia boleh digunakan selama empat jam. Galaxy S6 turut dilengkapi pengecasan tanpa wayar yang serasi dengan kedua-dua standard PMA & WPC.

Skrinnya menggunakan kaca Corning Gorilla untuk ketahanan yang diperlukan.

Peranti baru Samsung ini dilengkapi RAM sebanyak 3GB jenis DDR4 yang lebih pantas dari biasa digandingkan bersama setoran UFS2.0.

Langkah menggunakan UFS lebih bijak kerana ia jauh lebih laju berbanding setoran jenis eMMC 5.0 yang biasa.

Dengan harga RM2,599, Samsung Galaxy S6 boleh menjadi gajet paling menarik sekiranya anda mempunyai bajet yang premium.

Sumber

Comments :

0 comments to “Samsung Galaxy S6 menawan”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.