Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Wanita tak tahu hamil, lahirkan bayi lelaki


wanita-tak-tahu-hamil-lahirkan-bayi-lelaki
Seorang wanita di Scotland terkejut besar apabila kesakitan yang dirasai ketika datang bulan, rupa-rupanya kesakitan akibat kontraksi untuk melahirkan anak.

Nikki Kelly, 24 tahun, langsung tidak mengetahui yang dia hamil, malah selama tempoh kehamilan, dia datang bulan seperti biasa.

Lebih menghairankan, Nikki masih mengambil ubat perancang kehamilan. Dia juga meneruskan kegiatan harian seperti biasa, malah wanita aktif ini juga tetap bersenam di gimnasium dua kali seminggu.

Mengimbas kembali situasi cemas kelahiran tidak dijangka itu, Nikki yang sedang datang bulan mengalami kesakitan yang amat sangat ketika di bilik mandi.



"Saya rasa amat sakit dan terasa ingin meneran. Saya tak dapat mengawalnya dan amat terkejut apabila melihat diri sendiri melahirkan seorang bayi," kata Nikki.

Nikki melahirkan bayi lelaki yang dinamakan James itu sendirian, di atas lantai bilik mandinya.

Nikki menghubungi tunangnya, Aaron Swallow, yang ketika itu berada di tempat kerjanya sebanyak 76 kali, sebelum Aaron menghubunginya kembali setengah jam selepas James dilahirkan.

"Aaron mendengar bunyi bayi menangis dan bertanya tentangnya. Saya beritahu dia, itu tangisan anak awak," cerita Kelly.

Pasangan itu kemudiannya membawa James bertemu doktor dan bayi itu disahkan sihat. Melalui pemeriksaan doktor, Nikki dianggarkan melahirkan anaknya itu di antara minggu 32 dan 37 kehamilan.

Foto: Mirror UK

Comments :

0 comments to “ Wanita tak tahu hamil, lahirkan bayi lelaki”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.