Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Kanak-kanak tiga tahun tertembak mati bayi


kanak-kanak-tiga-tahun-tertembak-mati-bayi
AMERIKA SYARIKAT, (MLP) - Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun di Cleveland tertembak mati seorang bayi berusia 12 bulan semalam. 

Memetik laporan Mail Online, kanak –kanak yang dilaporkan memegang sepucuk pistol itu secara tidak senjaga tertembak seorang bayi berusia 12 bulan itu apabila pistol yang dipegangnya dihalakan ke muka bayi berkenaan.

Bayi malang itu kemudian dikejarkan ke hospital namun tidak dapat diselamatkan.

Menurut pihak polis, para penyiasat sedang mengenalpasti  bagaimana kanak-kanak itu mendapat pistol berkenaan.  

Menurut Ketua Polis Cleveland, Calvin Williams, orang yang bertanggungjawab membawa senjata ke dalam rumah tersebut perlu dikenakan tindakan sewajarnya.

"Semasa kejadian tersebut, seorang dewasa dilaporkan berada di dalam rumah berkenaan,” katanya dipetik Mail Online.

Kredit Gambar: Daily Mail

Comments :

0 comments to “ Kanak-kanak tiga tahun tertembak mati bayi”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.