Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Wanita bela pasangan Muslim trending di laman sosia

Seorang wanita bernama Stacy Eden trending di laman sosial khususnya Twitter, apabila dengan beraninya mempertahankan satu pasangan Muslim ketika dalam sebuah tren.

Stacy, 23 tahun, dari Sydney, Australia, mendengar seorang wanita lain menuduh pasangan itu sebagai "penyokong Isis".

Tidak senang dengan kata-kata itu, Stacy lantas meminta wanita tersebut untuk berhenti bercakap, selain turut membela pasangan itu dengan berkata Isis tidak mewakili keseluruhan Muslim.

"Lebih baik diam jika awak tidak punya sesuatu yang baik untuk diperkatakan," kata Stacy.

Stacy juga berkali-kali meminta agar wanita itu menghormati pasangan Muslim berkenaan.

Tidak cukup dengan membela pasangan itu, Stacy juga mengambil keputusan untuk tidak turun dari tren sehinggalah pasangan itu selamat tiba ke destinasi mereka kerana bimbangkan keselamatan mereka.

Pasangan Muslim tersebut, melalui akaun Facebook, mengucapkan terima kasih kepada Stacy atas keberaniannya membela mereka.

Diskriminasi terhadap umat Islam bukan perkara pelik di negara-negara Barat sejak insiden 11 September 2001, dan kini isu Isis memburukkan lagi keadaan.

Sumber

Comments :

0 comments to “Wanita bela pasangan Muslim trending di laman sosia”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.