Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Telur ayam lebih kecil dari syiling?

SEORANG kanak-kanak perempuan di Britain mendakwa salah seekor ayamnya telah menetaskan telur terkecil di dunia yang dipercayai lebih kecil daripada wang syiling 5 pence.

Shannon Hayes, 12, dari Capel Iwan, Carmarthenshire berkata, dia turut melakukan kajian sendiri menerusi Internet untuk memastikan telur dengan ukuran 1.8 sentimeter (sm) tinggi itu adalah paling kecil berbanding rekod sebelum ini.

"Saya sangat yakin ia adalah yang terkecil walaupun ia belum disahkan oleh rekod dunia secara rasmi," katanya lagi.

Menurutnya lagi, dia telah menyimpan telur tersebut di tempat yang lebih selamat.

Pada 2011, seorang penternak di Amerika Syarikat mendakwa ayam peliharaannya telah menetaskan telur terkecil di dunia berukuran 2.1 sm.

Bagaimanapun, rekod tersebut telah dipecahkan oleh ayam ternakan digelar Muffin di Somerset yang telah menetaskan telur 0.2 sm lebih kecil daripada yang direkodkan kira-kira tiga tahun sebelum itu. - The Mirror

Sumber

Comments :

0 comments to “Telur ayam lebih kecil dari syiling?”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.