Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Bila footballer tempatan di'antarabangsa'kan

bila-footballer-tempatan-di-antarabangsa-kan Siapa tidak kenal nama-nama seperti Neymar, Lionel Messi, dan Cristiano Ronaldo? Mereka ini dikenali bukan sahaja dikenali di kalangan peminat bola sepak, malah mereka yang jarang ambil tahu tentang bola sepak juga biasa dengan nama-nama ini.

Di Malaysia, kita biasa juga mendengar gelaran-gelaran seperti Messi Malaysia atau Neymar Malaysia diberikan kepada pemain bola sepak tempatan. Ops, jangan bandingkan ranking atau cara mereka bermain kerana penilaian ini dibuat atas dasar suka-suka sahaja. Jangan ambil serius sangat, okey?

Mari kita lihat siapa mereka!

Cristiano Ronaldo - Aidil Zafuan 



Rasanya tak ada orang lain yang ada aura yang boleh dikatakan seperti CR7. Bakat Aidil di atas padang, sama 'naik' dengan kisah peribadinya di luar padang. Begitu juga Ronaldo yang kehidupan peribadinya sentiasa dalam spotlight, seperti juga permainannya di atas padang.

Neymar - Baddrol Bakhtiar



Kedua-duanya boleh dikatakan antara pemain yang akan diteropong penyokong dan peminat ketika di atas padang. Masing-masing ada bakat tersendiri. Bagaimanapun, kedua-duanya lead a very normal and peaceful lives, di luar padang. Kisah peribadi berjaya disimpan dengan baik.

Luis Suarez - Safiq Rahim



Suarez dan Safiq sama-sama orang penting dalam pasukan masing-masing. Walau bakat mereka tak boleh dipertikai, tetapi bab temper tu, mungkin perlu dikawal sedikit.

Steven Gerrard - Badhri Radzi



Sama-sama berstatus legenda dalam pasukan masing-masing, malah gelaran Kapten Marvel juga tanpa segan silu diberikan penyokong kepada mereka berdua. Mungkin melihat kepada bakat, corak kepimpinan dan kesetiaan mereka kepada pasukan.

Lionel Messi - Farhan Roslan



Nama Farhan Roslan mula naik ketika kempen Piala Malaysia 2014. Tanpa mengambil masa yang lama, Farhan yang baru berusia 19 tahun terus digelar Messi kerana kepantasan larian dan keupayaannya menjaringkan gol.

Sumber

Comments :

0 comments to “ Bila footballer tempatan di'antarabangsa'kan”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.