Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Penjenayah ditangkap selepas like status FB

MONTANA - AMERIKA SYARIKAT. Seorang penjenayah yang dikehendaki atas tuduhan mencuri berjaya diberkas selepas tindakannya menyukai status di sebuah laman di Facebook yang memaparkan dirinya sebagai orang paling dikehendaki.

Levi Charles Reardon, 23, muncul di laman Facebook Crimestoppers yang memaparkan wajah seorang suspek dengan status Readorn, Levi Charles, 23, lelaki berkulit putih, 5 kaki 11 inci, berambut perang, bermata biru dan dikehendaki untuk kes penipuan,  USD2500.

Beberapa minit selepas memuatnaik mengenai maklumat tersebut, pengguna laman yang mengunakan nama 'Levi Charles Reardon' menyukai posting berkenaan.

Tindakannya itu telah berjaya dikesan dan membawa kepada penangkapannya.

Memetik laporan Mirror.uk, Levi adalah suspek kes kecurian beg tangan dan empat keping cek peribadi Januari lalu.

Polis mengesahkan kejadian tersebut.

Sumber

Comments :

0 comments to “Penjenayah ditangkap selepas like status FB”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.