Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

12 Lubang Misteri Di Bumi. Apakah Ia Dan Bagaimana Fenomena Lubang Ini Boleh Terjadi?


Sesetengah perkara menakjubkan yang wujud di Bumi ini adalah hasil ciptaan manusia namun kebanyakan daripadanya adalah terhasil secara semulajadi. Tidak kira sama ada pemandangan yang indah kepada binaan yang sangat canggih, dunia kita sentiasa dipenuhi dengan pelbagai perkara yang menarik.


Salah satu perkara menarik yang disebutkan adalah lubang misteri. Di dalam artikel ini, anda akan didedahkan tentang mengapa dan bagaimana lubang misteri ini boleh wujud dan apakah misteri di sebaliknya.


#1 Deluxe Mystery Hole

Lubang ini sehingga kini masih kekal sebagai sesuatu yang misteri dan tiada siapa mampu menjelaskan kewujudannya. Bukan sahaja itu, aktiviti mengukur kedalaman lubang ini dengan menggunakan teknologi canggih juga tidak berjaya.


#2 Hole of Glory

Terletak di Empangan Monticello, Hole of Glory merupakan laluan yang dicipta oleh manusia untuk menyalirkan air ke kawasan lain.


#3 Sawmill Sink

Sawmill Sink terletak di Bahamas dan merupakan tapak penyelidikan arkeologi. Sawmill Sink dilaporkan telah membantu para saintis untuk memahami bagaimana rupa sebenar Bumi beberapa ribu tahun yang lalu.


#4 The Devil’s Sinkhole

Mendapat gelaran Syaitan (Devil) kerana kawasan ini merupakan kawasan yang sangat berbahaya. Justeru, tiada manusia dilarang untuk memasuki kawasan lubang ini. Pada musim panas, anda akan berpeluang untuk menyaksikan jutaan kelawar terbang keluar daripada lubang tersebut.


#5 The Great Blue Hole

Satu lagi lubang misteri yang boleh dijumpai di Laut Carribean. Pada Zaman Ais dahulu, lubang ini telah membentuk sistem gua. Kini, ia dianggap sebagai salah satu destinasi terbaik untuk melakukan aktiviti menyelam.


#6 Dean’s Blue Hole

Lubang besar dengan kelebaran 202 meter ini terletak di Bahamas dan merupakan lubang di lautan yang paling dalam di muka Bumi ini.


#7 The Harwood Hole

Menariknya mengenai Harwood Hole, ianya adalah seperti gua dan bukannya sekadar lubang. Terletak di New Zealand dan dikhabarkan sebagai gua paling cerun setakat ini.


#8 The Mir Mine

Terletak di Rusia, Mir Mine merupakan sumber berlian terbesar bagi negara tersebut. Berlian ini digali daripada bahagian paling dalam di lubang tersebut. Hebat!


#9 The Udachnaya Pipe

Selain daripada Mir Mine, negara Rusia turut memperolehi hasil galian berliannya daripada kawasan ini yang terletak kira-kira 20km daripada Tengah Artik.


#10 Heavenly Pit

Percaya atau tidak, lubang besar ini telah terbentuk sekitar 120,000 tahun yang lalu. Lokasi ini kemudiannya dijadikan sebagai tempat kegemaran para penerjun udara.


#11 Bingham Canyon

Terletak di Utah, Amerika Syarikat, Bingham Canyon merupakan lombong tembaga yang sangat luas!


#12 Guatemala City Sinkhole

Pada tahun 2010, satu lubang berkelebaran 20 meter telah terbentuk di Guatemala. Kewujudan lubang gergasi ini bukan sahaja telah memusnahkan jalanraya di bandar tetapi turut ‘menelan’ sebuah kilang tiga tingkat! Antara punca yang menyebabkan kewujudan lubang ini adalah letusan Gunung Berapi Pacaya, Ribut Tropika Agatha dan kebocoran paip kumbahan yang berdekatan.


Sumber - Era Baru

Comments :

0 comments to “12 Lubang Misteri Di Bumi. Apakah Ia Dan Bagaimana Fenomena Lubang Ini Boleh Terjadi?”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.