Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

13 Filem Yang Bakal Ditayangkan Di Pawagam-Pawagam Seluruh Malaysia Menjelang 2018!


Bagi penggemar filem, pastinya tidak sabar menantikan filem-filem terbaru yang bakal ditayangkan menjelang tahun 2018. Pasti ada antara anda yang telah menanda kalender atau diari supaya tidak terlepas menonton filem-filem yang bakal ditayangkan.

Jika tahun 2017 anda telah disajikan telah pelbagai genre filem terbaik dari dalam dan luar negara maka 2018 pastinya menjadi tahun yang lebih menyeronokkan.


Bagi yang tertanya-tanya filem apa yang bakal ditayangkan pada 2018, ini dia senarai 13 filem yang dijadualkan akan ditayangkan di pawagam-pawagam Malaysia pada tahun hadapan. Selamat menonton!


1. Insidious: The Last Key

Bahasa: Inggeris

Genre: Seram / Mistik

Tarikh Tayangan: 4 Januari 2018

Format: 2D

Pelakon: Lin Shaye, Hana Hayes, Leigh Whannell, Angus Sampson

Pengarah: Adam Robitel

Sinopsis: Mengambil tempat selepas “Chapter 3”, filem ini kembali ke permulaan parapsikologis Elise Rainer, ketika pengembaraannya untuk mencari seseorang yang memburu dirinya baru bermula.


2. Maze Runner: The Death Cure

Bahasa: Inggeris

Genre: Sains Fiksyen

Tarikh Tayangan: 26 Januari 2018

Format: 2D

Pelakon: Dylan O’Brien, Kaya Scodelario, Thomas-Bordie Sangster, Ki Hong Lee, Patricia Clarkson, Dexter Darden

Pengarah: Wess Ball

Sinopsis: Thomas dan beberapa gladers lain kali ini melalui satu misi yang sangat bahaya. Untuk menyelamatkan rakan-rakan, mereka perlu memasuki Last City, iaitu labirin yang dikendalikan oleh WICKED yang mungkin menjadi maze yang paling dahsyat.


3. Marvel’s Black Panther

Bahasa: Inggeris

Genre: Sains Fiksyen

Tarikh Tayangan: 16 Februari 2018

Format: 2D

Pelakon: Chadwick Boseman, Michael B.Jordan, Lupita Nyong’o

Pengarah: Ryan Coogler

Sinopsis: Filem ini mengisahkan seorang Putera Wakanda, T’ Challa, yang mengambil alih black panther, setelah bapanya mati dibunuh. Filem ini adalah spin-off kepada filem Captain America: Civil War yang ditayangkan pada tahun 2016 lalu.


4. Fifty Shades Freed

Bahasa: Inggeris

Genre: Drama / Romantik

Tarikh Tayangan: 8 Februari 2018

Format: 2D

Pelakon: Dakota Johnson, Jamie Dornan, Kim Basinger, Arielle Kebbel, Brant Daugherty, Luke Grimes

Pengarah: James Foley

Sinopsis: Filem ini adalah kesinambungan cerita kepada filem ‘Fifty Shades Darker’. Watak utama filem ini iaitu

Christian dan Ana kini sudah berkahwin. Namun, hidup Ana terancam apabila bekas majikannya, Jack Hyde, bersumpah untuk membalas dendam kerana dipecat dari SIP. Elena pula kembali menghantui Christian yang menyebabkan hubungan pasangan suami isteri itu menjadi lebih sukar.


5. A Wrinkle In Time

Bahasa: Inggeris

Genre: Fantasi

Tarikh Tayangan: 9 Mac 2018

Format: 2D

Pelakon: Storm Reid, Oprah Winfrey, Reese Whiterspoon, Mindy Kaling, Chris Pine

Pengarah: Ava Duvernay

Sinopsis: Filem ini menceritakan kisah Meg Murry, seorang gadis sekolah menengah yang dibawa dalam pengembaraan melalui masa dan ruang dengan adiknya, Charles Wallace dan rakannya, Calvin O’Keefe untuk menyelamatkan bapanya, seorang saintis berbakat daripada kuasa-kuasa jahat yang menahannya di planet lain.


6. Tomb Raider

Bahasa: Inggeris

Genre: Aksi

Tarikh Tayangan: 15 Mac 2018

Format: 2D

Pelakon: Alicia Vikander, Walter Goggins, Daniel Wu, Dominic West, Hannah John-Kamen

Pengarah: Roar Uthaug

Sinopsis: Filem ini menceritakan tentang ekspedisi pertama Lara Croft, di mana dia pergi untuk menyelesaikan penyelidikan ayahnya dan mendedahkan rahsia kuno yang mampu membersihkan namanya.


7. Marvel’s Avengers: Infinity War

Bahasa: Inggeris

Genre: Aksi / Sains Fiksyen

Tarikh Tayangan: 26 April 2018

Format: 2D

Pelakon: Robert Downey Jr, Josh Brolin, Mark Ruffalo, Tom Hiddleston, Chris Evans, Chris Hemsworth, Chris Pratt,

Elizabeth Olsen, Sebastian Stan, Benedict Cumberbatch, Paul Bettany

Pengarah: Joe Russo, Anthony Russo

Sinopsis: Filem ini adalah bahagian pertama kepada daripada dua sekuel sebelum ini. Ia menampilkan Thanos sebagai antagonis dan peneraju utama. Ia berkisarkan Infinity Gauntlet dan enam Infinity Stones.


8. Deadpool 2

Bahasa: Inggeris

Genre: Aksi

Tarikh Tayangan: 31 Mei 2018

Format: 2D

Pelakon: Ryan Renolds, Morena Baccarin, T.J Millier

Pengarah: David Leitch

Sinopsis: Masih dirahsiakan.


9. Jurassic World: Fallen Kingdom

Bahasa: Inggeris

Genre: Sains Fiksyen

Tarikh Tayangan: 22 Jun 2018

Format: 2D

Pelakon: Chris Pratt, Bryce Dallas Howard, Jeff Goldblum, B.D Wong, James Cromwell

Pengarah: J. A. Bayona

Sinopsis: Masih dirahsiakan.


10. The Nun

Bahasa: Inggeris

Genre: Seram / Misteri

Tarikh Tayangan: 12 Julai 2018

Format: 2D

Pelakon: Taissa Farmiga, Demian Bichir, Bonnie Aarons

Pengarah: Corin Hardy

Sinopsis: Filem ini adalah merupakan spin off kepada filem The Conjuring 2.


11. The Incredibles 2

Bahasa: Inggeris

Genre: Aksi / Animasi

Tarikh Tayangan: 14 Jun 2018

Format: 2D

Pelakon: Holly Hunter, Samuel L. Jackson

Pengarah: Brad Bird

Sinopsis: Filem ini masih menceritakan mengenai sebuah keluarga yang mempunyai super power. Mereka dipaksa untuk menyembunyikan kekuatan yang mereka miliki dan hidup sebagai manusia normal. Dalam masa yang sama mereka terpaksa menyelamatkan dunia daripada kuasa jahat.


12. Wheely

Bahasa: Malaysia

Genre: Aksi komedi

Tarikh Tayangan: Mac 2018

Format: 3D

Pelakon: Belum diketahui

Pengarah: Dato’ Norman Abdul Halim

Sinopsis: Ianya mengisahkan watak “Wheely” sebagai teksi yang dipandang rendah oleh komunitinya dan terpaksa berdepan dengan sindiket jenayah yang menculik kenderaan-kenderaan mewah iaitu kenderaan import yang dimiliki oleh golongan elit di bandaraya tersebut.


13. Polis Evo 2

Bahasa: Malaysia

Genre: Aksi

Tarikh Tayangan: TBA

Format: 2D

Pelakon: Zizan Razak, Shaheizy Sam, Hairul Azreen, Raline Shah, Erra Fazira

Pengarah: Joel Soh

Sinopsis: Kesinambungan kepada Polis Evo yang pertama.


Sumber - Era Baru

Comments :

0 comments to “13 Filem Yang Bakal Ditayangkan Di Pawagam-Pawagam Seluruh Malaysia Menjelang 2018!”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.