Blog Perkongsian merangkumi artikel semasa, kemalangan, fakta, agama dan pelbagai lagi. Njoy Membaca

 

Adrian Salleh Pemilik Pertama Civic Type R (FK8R) di Malaysia.


Honda Civic Type R yang dijual bermula RM320,000 sudah menerima 70 tempahan.


Selepas beberapa minggu dilancarkan, Honda Civic Type R baharu mula menemui pemiliknya dan Adrian Salleh Hashim menjadi orang pertama menerima jentera berprestasi daripada jenama Honda itu.


Jentera yang mempunyai 310hp itu disampaikan oleh Naib Presiden Kumpulan Honda Malaysia, Akkbar Danial (kanan gambar di bawah) kepada Adrian Salleh di Botanic Auto Mall Sdn Bhd di Klang, Selangor.


Selain menjadi pemilik pertama Honda Civic Type R, Adrian Salleh turut menerima barangan Honda membabitkan GoPro Hero 5 dan Honda Ultra Glass Coating dengan Ultra Window Coating bernilai RM5,300.


Sejak dilancarkan awal November ini, Honda Malaysia Sdn Bhd (HMSB) sudah menerima 70 tempahan bagi Honda Civic Type R baharu yang dijual bermula RM320,000 atas jalan tidak termasuk insurans.


Sementara itu, Adrian Salleh berkata, dia kagum dengan rekaan luaran jentera terbabit yang sporty dan berani, memberikan prestasi yang hebat serta sesuai untuk pemanduan harian.


“Saya dapati ciri paling unik pada jentera ini adalah mod pemanduan membabitkan ‘COMFORT’, ‘SPORT’ dan ‘+R’ yang membolehkan mengalami prestasi dinamik yang berbeza,” katanya.


Sumber : Drebar.my


Comments :

0 comments to “Adrian Salleh Pemilik Pertama Civic Type R (FK8R) di Malaysia.”

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Kategori

Arkib

Kongsikan

Powered by Blogger.